Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online


Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online bagaimana? Bila agaknya Dividen Tabung Haji tahun ni akan diumumkan?

Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online dengan mudah dan pantas. Panduan ini khas buat pendeposit dan bakal Tetamu-Tetamu Allah semua.

Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Terkini

“Tinggi atau rendah dividen Tabung Haji tahun ni?” Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran kita tiap-tiap tahun.

Dividen Tabung Haji

Tabung Haji adalah suatu badan yang femes dan selalu meniti di bibir masyarakat kita terutama di kalangan Umat Islam di Malaysia tak kiralah di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak.

Ia juga badan yang terkenal dengan pengumuman pulangan di atas simpanan pelaburan yang telah dilakukan pada setiap tahun.

Ada yang menyimpan di Tabung Haji untuk pergi Haji di Mekah.

Ada juga yang sampai membuat pinjaman peribadi, Pinjaman AEON Kredit lah dan sebagainya.

Pinjaman yang dibuat bukan Pinjaman membeli kereta terpakai atau membeli rumah, tapi untuk menyimpan jumlah pinjaman di Tabung Haji untuk menikmati pulangan dividen tinggi tiap-tiap tahun.

Dahsyat!

Tabung Haji

Tabung Haji, ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 yang bertujuan tujuan untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji di Mekah atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat.

Tabung ini juga diwuujudkan supaya orang-orang Islam boleh mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam.

Hibah Tabung Haji

Ramai menganggap konsep pemberian hibah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama dengan dividen dalam pelaburan lain, tapi sebenarnya ia bukanlah dividen tapi Hibah. Ada dua jenis Hibah iaitu Hibah Tahunan dan Hibah Haji.

Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu, berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi liabiliti.

Pemberian Hibah dan Bonus

Terdapat kekeliruan dalam masyarakat yang rata-rata beranggapan hibah TH wajib diberikan setiap tahun.

Hibah tidak sama dengan dengan dividen. Hibah merupakan ‘hadiah’ yang tidak disyaratkan ke atas TH untuk diberikan kepada pendepositnya.

Manakala, dividen merujuk kepada pemberian sebahagian atau keseluruhan keuntungan boleh diagihkan kepada
pemegang saham atau rakan kongsi.

Kadar Dividen Tinggi

Di bawah kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah, keuntungan yang dijana oleh TH menggunapakai dana simpanan pendeposit hanya menjadi hak milik pendeposit apabila TH memberi Hibah kepada pendeposit sebagai tambahan kepada simpanan pokok pendeposit.

Ini juga bermakna, simpanan pokok pendeposit tidak terjejas jika TH merekodkan kerugian kerana pendeposit tidak mengikat kontrak dengan TH untuk berkongsi keuntungan atau kerugian semasa meniagakan dana pendeposit.

Kadar Hibah Tabung Haji 2019

Berikut dikongsikan kadar dividen dari tahun 2008 hingga 2017 seperti mana pengumuman melalui portal rasmi TH ini.

Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online
Sumber: Tabung Haji – FAQ Hibah TH 2018

Manakala pada 2018, hibah dibayar pada kadar tahunan 1.25%. Tahun 2019?

Hibah Tabung Haji 2019

Hibah tahunan pada tahun 2019 belum diumumkan lagi oleh Tabung Haji. Marilah kita sama-sama menanti.

Selalunya akan diumumkan pada suku pertama setiap tahun. Selalu pada Februari atau Mac.

Hibah 2019 dijangka tinggi?

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, Tabung Haji (TH) optimis mampu memberi pulangan hibah yang lebih baik tahun ini berbanding kadar 1.25 peratus tahun lalu.

“Ia (hibah 2019) akan lebih daripada 1.25 peratus, (namun) berapa jumlahnya terlalu awal, tetapi cukup untuk sekadar saya katakan ia akan lebih baik dari 1.25 peratus.”

— Sumber: Harian Metro

Sama-sama kita nantikan!

Kiraan Hibah Tabung Haji

So macam mana cara kiraan hibah Tabung Haji ni? Hehe.

Senang je sebenarnya. Mari kami tunjukkan.

Cara Kiraan Hibah Tabung Haji

Cara pengiraan hibah adalah berdasarkan purata baki simpanan bulanan terendah tahun tersebut x kadar hibah tabung haji tahun tersebut.

Jumlah Hibah anda = (Baki minima Jan-Dis / jumlah bulan(12)) x (Kadar Hibah TH)

Contoh:

Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online

Contoh Cara Kiraan Hibah Tabung Haji

Katakanlah sebagai contoh: hibah tahunan yang diumumkan oleh Tabung Haji pada tahun 201x adalah 2.00% dan dalam akaun Tabung Haji anda ada RM3,000.

Jumlah Hibah anda = (RM3,000 / jumlah bulan(12)) x 2.00% = 5

Jadi hibah yang anda akan dapat pada tahun 201x  ialah RM5.

Berapa purata baki tabungan anda setiap bulan anda, angka itulah yang akan dijadikan sandaran dengan dikirakan bersama kadar dividen.

Jikalau anda punya kadar baki setiap bulan rendah, rendahlah pulangan anda pada tahun ini.

Hibah Haji

Untuk pengetahuan anda, bonus Tabung Haji hanya diberikan kepada kalangan yang menyimpan duit di Tabung Haji tetapi belum menunaikan ibadah haji lagi.

Untuk pengiraan Hibah Haji (bukan Hibah Tahunan) adalah berdasarkan kadar maksimum yang ditetapkan. Kalau untuk tahun 2017 iaitu kadar maksimum ialah RM9980.

Maknanya, kalau anda simpan RM 200k dalam Tabung Haji, Hibah Haji hanya akan dikira berdasarkan setakat RM9980 sahaja dan bukannya RM200k.

Capisce?

Tabung Haji Online Banking

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan sesuai dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, Tabung Haji (TH) telah melancarkan Aplikasi Mobile yang dikenali sebagai THiJARI.

Walaupunbagaimanapun, ia perkhidmatan ini dihentikan untuk seketika. Tapi jangan risau, anda masih boleh akses secara online di Maybank2u, iRakyat dan BIMB Online.

Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online

Kesimpulan Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji 

Maklumat di atas merupakan maklumat rasmi yang dapat kami kongsikan kepada anda tentang Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online. Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda.

Artikel Semak Dividen Dan Baki Tabung Haji Online yang kami kongsi dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk anda untuk mengetahui tentang dividen Tabung Haji dan Semak Baki Online Tabung Haji.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.