Semak Kadar Dividen KWSP Terkini


RM41.68 bilion adalah untuk Simpanan Konvesional dan RM4.14 bilion untuk Simpanan Syariah.

Jumlah pembayaran yang diperlukan untuk 1% kadar dividen adalah RM7.65 bilion untuk Simpanan Konvesional dan RM828 juta untuk Simpanan Syariah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 2019 pada 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional melibatkan agihan RM41.68 bilion,

Untuk bagi Simpanan Shariah 2019, KWSP mengumumkan dividen 5 peratus melibatkan agihan RM4.14 bilion.

Semak Kadar Dividen KWSP Terkini
Sumber: Laman Web KWSP Malaysia

Kadar ini sedikit rendah berbanding 6.15 peratus dividen Simpanan Konvensional dan 5.9 peratus Simpanan Shariah pada tahun lepas.

Melalui maklumat yang disediakan oleh KWSP, anda boleh bandingkan sendiri naik turun kadar dividen.

Semak Kadar Dividen KWSP Terkini
Sumber: Laman Web KWSP Malaysia

KWSP mengisytiharkan pembayaran dividen tahunannya berdasarkan jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Semak Pembayaran Dividen Ke Akaun KWSP Anda

Pengkreditan Dividen 2019 akan dilakukan pada Sabtu, 22 Februari 2020 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing.

I-Akaun KWSP

Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh digunakan untuk semakan mudah kadar dividen KSWP terkini,

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

Anda ingat, nak check baki Pinjaman Kenderaan Guna Maybank2u je boleh? KWSP pun boleh.

Mudahnya i-Akaun, ia membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Apa, anda masih tak ada i-Akaun KWSP? Semak di sini untuk Cara Semakan Penyata dan Baki KWSP Online.

Senang, kan?

Kios Dan Kaunter KWSP

Untuk semakan secara manual, anda boleh ke Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara untuk menyemak penyata terkini akaun KWSP anda.

Maklumat Lanjut

Anda nak tahu lebih lanjut tentang prestasi kewangan KWSP untuk tahun sebelum, tapi tak tahu nak cari dimana?

Jangan risau anda boleh baca lampiran yang disediakan pihak KWSP di SINI.

Pertanyaan Lanjut

Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses Semak Kadar Dividen KWSP Terkini, anda boleh gunakan borang yang tersedia di laman web KWSP di SINI.

Anda juga boleh menghubungi mereka di talian berikut.

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Mereka sedia membantu anda.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.