Semak Status Bankrap Online


Semak Status Bankrap Online bagaimana? Boleh ke anda dibankrapkan tanpa anda sendiri sedari? 

Lebih Info akan kongsikan panduan mudah Semak Status Bankrap Online. Artikel ini boleh membantu anda menyemak Semak Status Bankrap Online dengan mudah dan cepat.

Semak Status Bankrap Online

Dinasihatkan, jika anda berada dalam situasi seperti terlupa tentang pinjaman-pinjaman lama yang melebihi RM50,000 dan lebih, buatlah semakan dan carian kebankrapan individu kerana impak diisytharkan bankrap amatlah besar.

Lebih-lebih lagi, bila anda sendiri pun tak perasan.

Baca dan Semak Status Bankrap Online.

Status Bankrap

Anda nak semak status bankrap? Ye lah, mungkin anda terlupa tentang hutang-hutang yang lepas,

atau mungkin juga Notis Kebankrapan tak sampai di rumah anda. Macam mana nak tahu kan?

Apa Itu Bankrap?

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah.

Hutang Sebanyak RM50,000 Atau Lebih

Seseorang individu boleh diisytiharkan bankrap jika mempunyai hutang sebanyak RM50,000 atau lebih.

Kalau dulu RM30,000 sekarang jumlah sudahpun ditingkatkan kepada RM50,000 setelah Akta Insolvensi digubal di Parlimen. Ini bermakna untuk membankrapkan anda, pihak pemiutang perlu membuktikan anda berhutang sebanyak RM50,000 atau lebih.

2 Jenis Permohonan Kebankrapan

Seseorang hanya boleh diisytiharkan bankrap oleh PERINTAH MAHKAMAH sama ada melalui:-

  1. permohonan daripada PEMIUTANG iaitu pihak bank; ATAU
  2. permohonan daripada INDIVIDU itu sendiri.

Semakan Status Bankrap Online

Ada 2 cara untuk membuat semakan status kebangkrapan anda secara online:

Rilek.com

RILEK adalah singkatan untuk ‘Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan’.

Laman ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mempunyai akses interaktif dengan agensi-agensi kerajaan

Pada masa ini, RILEK menawarkan perkhidmatan berikut:

Mudah kan? Tak payah hadap jem, cari parking. Duduk je atas kerusi empuk sambil minum kopi berkain pelikat depan komputer. Tekan-tekan dapat. Fuh, I.R 4.0 la katakan!

Untuk ke Portal Rileks, klik SINI.

Portal e-Insolvensi

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap.

Portal e-Insolvensi merupakan modul perkhidmatan yang terkandung di dalam Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang merupakan sistem pentadbiran kes Jabatan Insolvensi Malaysia.

Portal ini dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan MdI dalam berurusan dengan jabatan ini.

Portal ini menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan Carian Status Kebankrapan Individu;
  •  Perkhidmatan Carian Status Penggulungan Syarikat;
  •  Bayaran Ansuran Bulanan Insolvensi; dan
  •  Bayaran Deposit Pempetisyen.

Caj yang akan dikenakan kepada anda ialah RM12 bagi carian bankrap.

Anda nak tahu cara menggunakan e-Insolvensi? Panduannya, klik SINI.

Untuk ke Portal e-insolvensi, klik SINI.

Tanggungjawab Bagi Individu Yang Bankrap

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap mesti memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapan dan merealisasikan anda.

Jangan takut, mereka akan membantu anda menjelaskan semua hutang-hutang anda supaya anda boleh dilepaskan daripada status kebankrapan anda.

Tanggungjawab Individu Bankrap

  • Menghadirkan diri di pejabat KPI secepat mungkin apabila menerima Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dan lain-lain mesyuarat berikutnya dengan KPI apabila dimaklumkan perkara berkenaan;
  • Menyerahkan semua aset kepada KPI;
  • Mengemukakan Penyata Hal Ehwal yang lengkap;
  • Mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam (6) bulan;
  • Menghadiri semua mesyuarat bersama pemiutang;
  • Membuat sumbangan/bayaran terhadap estet kebankrapan daripada 10% pendapatan peribadi;
  • Dilarang menerima sebarang pemberian wang/kredit sebanyak RM 1,000.00 atau lebih daripada mana-mana pihak tanpa memaklumkan pemiutang status beliau sebagai seorang bankrap;
  • Tidak membuat pembayaran secara terus kepada pemiutang;
  • Memaklumkan kepada KPI atas perubahan nama, alamat, nombor telefon, pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan;
  • Memberi maklumbalas atas pertanyaan KPI dalam masa yang ditetapkan.

Perbezaan Pembatalan Perintah Kebankrapan dan Pelepasan Perintah Kebankrapan

Eh, ada beza ke? Ya, ada. dan kesannya di bawah undang-undang juga lain.

Pembatalan Perintah Kebankrapan

Pembatalan merujuk kepada penamatan Perintah Kebankrapan yang telah dibuat terhadap seorang bankrap, seolah-olah beliau tidak pernah dibankrapkan.

Perintah Pelepasan Kebankrapan

Sebaliknya, Pelepasan Perintah Kebankrapan melepaskan anda dari kesemua hutang-hutang yang boleh dibuktikan dalam kebankrapan selepas KPI berpuas hati dengan prestasi anda menjelaskan semula hutang.

Kesimpulan Semak Status Bankrap Online

Maklumat di atas merupakan maklumat yang dapat kami kongsikan kepada anda berkenaan Semak Status Bankrap Online. Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda.

Artikel Semak Status Bankrap Online yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai panduan untuk anda menyemak status kebankrapan anda. Semaklah sekarang bagi mengelakkan anda diisytihar bankrap tanpa anda sedari.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.