Siri CPU Desktop AMD Kini Memegang Sebanyak 18.3 Peratus Bahagian Pasaran Global


Sejak AMD mula memperkenalkan siri CPU AMD Ryzen, mereka telah sedikit demi sedikit mengikis kelebihan pasaran Intel, dan terkini, pada penghujung tahun 2019, AMD dilihat mendapat sebahagian besar daripada pasaran CPU desktop global.

Menurut laporan Mercury Research, setelah tiga siri CPU AMD Ryzen dilancarkan, AMD kini memegang sebanyak 18.3 peratus bahagian pasaran global untuk CPU desktop x86 yang digunakan untuk komputer desktop pengguna.

Mercury Research turut menunjukkan bahagian pasaran AMD untuk beberapa sektor lain, termasuklah bahagian CPU mesin pelayan, dimana AMD memegang sebanyak 4.5 peratus, manakala untuk bahagian CPU mudah-alih pula, ia kini memegang sebanyak 16.2 peratus.

Dengan siri APU AMD Renoir yang akan tiba pada tahun ini, AMD dijangka menambahkan bahagian pasaran mereka untuk bahagian CPU mudah-alih. Siri CPU Zen 3 pula dijangka akan menambahkan lagi bahagian pasaran CPU desktop mereka.



Siri CPU Desktop AMD Kini Memegang Sebanyak 18.3 Peratus Bahagian Pasaran Global

Add a Comment

Your email address will not be published.