Siri Samsung Galaxy S20 Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia


Selepas pelancaran siri Samsung Galaxy S20 untuk pasaran Malaysia, pelbagai syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut menawarkan siri Galaxy S20 ini melalui pelan mereka. Hal ini adalah kerana, telefon pintar ini sendiri mempunyai ciri dan fungsi yang membuatkannya berbaloi untuk dimiliki.

Siri Galaxy S20 ini mempunyai 3 model dibawahnya, iaitu Samsung Galaxy S20 yang biasa, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra. Ketiga-tiga model ini ditawarkan dengan rekaan yang hampir sama, namun apa yang membezakannya adalah dari segi spesifikasi dan kebolehan kamera peranti ini. Bagi Galaxy S20 Ultra sendiri, kameranya mampu untuk membuat rakaman zum sehingga 100x. Untuk pasaran Malaysia, siri ini ditawarkan pada harga bermula RM3599 sehingga RM4999.

Selain membuat pembelian siri Galaxy S20 ini melalui laman rasmi atau pengedar rasmi Samsung, syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia juga turut menawarkan pakej yang membolehkan anda untuk membuat pembayaran secara ansuran. Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan juga Yes 4G.

Kita mulakan dahulu dengan penawaran yang diberikan oleh Maxis. Pihak mereka telah menawarkan pakej yang membolehkan anda untuk memiliki bukan sahaja satu, tetapi dua buah peranti Galaxy S20 atau Galaxy S20+ melalui bayaran ansuran RM189 sahaja untuk setiap bulan daripada pelan Maxis Zerolution. Namun, sekiranya anda inginkan model Galaxy S20 Ultra, anda boleh naik-tarafkan pelan anda daripada Maxis Zerolution kepada Maxis Zerolution360 dengan bayaran bulanan sebanyak RM129 sahaja.

Layari: Laman Rasmi Maxis Untuk Maklumat Lanjut

Celcom pula menawarkan pelan pascabayar Celcom Mega yang memerlukan anda membuat pembayaran pada harga bermula RM99 setiap bulan untuk memiliki mana-mana siri Galaxy S20. Melalui pelan ini, ia membolehkan anda untuk menikmati kelajuan internet yang tinggi sehingga 100GB dan perayauan secara percuma. Dibawah pelan ini terdapat tiga pakej kesemuanya, iaitu Lightning XL untuk memiliki siri Galaxy S20 pada harga RM99, Lightning L pada harga RM130 setiap bulan, dan Lightning M pada harga RM151 setiap bulan.

Layari: Laman Rasmi Celcom Untuk Maklumat Lanjut

Sekiranya anda pelanggan atau ingin menukar langganan kepada Digi, anda boleh memiliki siri Galaxy S20 melalui pelan Digi PhoneFreedom 365 mereka. Melalui pelan ini, anda tidak perlu membuat sebarang bayaran pendahuluan dan mempunyai komitmen bulanan serendah RM98 sahaja setiap bulan. Pelan ini juga membolehkan anda untuk menikmati kelajuan internet sebanyak dua kali ganda sehingga 200GB, bersama perayauan, naik taraf peranti dan pelindungan peranti secara percuma.

Layari: Laman Rasmi Digi Untuk Maklumat Lanjut

U Mobile pula menawarkan pelan dengan komitmen bulanan serendah RM109 sahaja setiap bulan untuk memiliki siri Galaxy S20. Melalui pelan pascabayar Unlimited HERO ini, anda boleh memiliki siri Galaxy S20 dengan kelajuan data internet yang tinggi, panggilan dan perayauan secara percuma. Bersama pembelian siri Galaxy S20 melalui langganan pelan U Mobile, anda berpeluang untuk menerima hadiah pad pengecas nirwayar yang bernilai RM239.

Layari: Laman Rasmi U Mobile Untuk Maklumat Lanjut

Akhir sekali, Yes 4G pula memberi peluang kepada anda untuk memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S20 Ultra 5G dengan penawaran harga sehingga RM1200 lebih murah daripada harga pasarannya. Melalui pelan pascabayar Konfem Unlimited Talk, anda boleh menikmati panggilan suara tanpa had bersama data 50GB dengan rangkaian 4G menggunakan ketiga-tiga telefon pintar siri Galaxy S20 pada harga hanya RM79 setiap bulan. Ini menjadikan Yes 4G sebagai syarikat telekomunikasi yang menawarkan kos pemilikan siri Galaxy S20 yang paling rendah diantara semua syarikat telekomunikasi yang sedia ada.

Layari: Laman Rasmi Yes 4G Untuk Maklumat Lanjut

Secara kesimpulannya, kesemua syarikat telekomunikasi yang menawarkan siri Galaxy S20 ini menawarkan pelan dengan harga yang berbaloi untuk dilanggan. Namun, ia bergantung kepada talian yang anda gemar dan sokongan rangkaian internetnya di kawasan kediaman anda. Masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri, samaada dari segi penawaran data, harga langganan atau juga komitmen bulanan. Harga pasaran untuk siri Galaxy S20 ini adalah bermula RM3999 dan bagi anda yang berminat untuk memilikinya melalui langganan telekomunikasi, boleh rujuk laman rasmi Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan juga Yes 4G.

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia



Siri Samsung Galaxy S20 Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia

Add a Comment

Your email address will not be published.