Sony Memperkenalkan Teknologi Sensor Baharu Yang Meningkatkan Kemampuan Mod Malam Dan Pemfokusan


Majoriti peranti di pasaran menggunakan sensor yang dihasilkan oleh Sony. Kepakaran mereka dalam menghasilkan kamera digital digunapakai untuk menghasilkan sensor kecil untuk telefon pintar. Minggu ini mereka mengumumkan teknologi baharu pada sensor kamera yang meningkatkan kemampuan mod malam serta pemfokusan.

Teknologi 2×2 On-Chip Lens (OCL) meningkatkan kelajuan memfokus, meningkatkan resolusi, kepekaan dan HDR. Dengan OCL satu lensa kondenser diletakkan pada setiap empat pixel sensor kamera. Ini menurut Sony akan membolehkan lebih banyak pixel digunakan untuk sistem pemfokusan PDAF. Oleh sebab itu kemampuan memfokus dalam situasi pencahayaan yang gelap juga menjadi lebih pantas dan jitu.

Penggabungan empat pixel juga menjadikan sensor lebih sensitif kepada cahaya dan warna. Akhir sekali ia turut membolehkan gambar HDR dilihat dalam masa nyata pada skrin viewfinder kamera. Setakat ini Oppo Find X2 ialah peranti yang telah disahkan menggunakan sensor terkini Sony ini.



Sony Memperkenalkan Teknologi Sensor Baharu Yang Meningkatkan Kemampuan Mod Malam Dan Pemfokusan

Add a Comment

Your email address will not be published.