Sony Turut Membatalkan Penyertaan Di MWC 2020 Kerana Kebimbangan Koronavirus


Sebentar tadi Sony mengesahkan mereka membatalkan penyertaan di MWC Barcelona 2020 kerana kebimbangan wabak koronavirus. Langkah ini terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan pelanggan, kakitangan, rakan niaga, media dan pengunjung ke acara peranti mudah alih terbesar di Eropah tahun ini.

Sebaliknya acara pelancaran produk yang telah dirancang Sony akan dilakukan secara atas talian menerusi saluran YouTube Xperia pada 24 Februari kelak. Antara peranti yang dijangka dilancarkan ialah Sony Xperia 5 dengan sokongan rangkaian 5G.

Semakin banyak syarikat pengeluar peranti dan alat telekomunikasi menarik dari dari MWC Barcelona kerana wabak koronavirus. Hari ini sahaja Amazon dan NVIDIA telah mengumumkan penarikan diri mereka.



Sony Turut Membatalkan Penyertaan Di MWC 2020 Kerana Kebimbangan Koronavirus

Add a Comment

Your email address will not be published.