Spotify Kini Mempunyai Lebih 271 Juta Pengguna Aktif Bulanan – 125 Juta Pengguna Berbayar


Spotify merupakan perkhidmatan penstriman muzik terkemuka di dunia. Hari ini, mereka mengumumkan penyata kewangan berakhir suku ke-4 2019, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik.

Menurut Spotify, kini mereka mempunyai lebih 271 juta pengguna aktif bulanan, dan 125 juta daripadanya adalah pelanggan berbayar Spotify Premium.

Menariknya juga melalui perkongsian terkini Spotify, syarikat mereka memperlihatkan peningkatan pengguna yang mula mendengar podcast dan bukan lagu semata-mata. Ia dikatakan 16% pengguna aktif bulanan kini mendengar podcast.

Buat masa ini, terdapat lebih 700,000 tajuk podcast di Spotify, dan terdapat desas-desus mengatakan Spotify akan mengambil-alih beberapa syarikat kandungan penerbit podcast dalam menawarkan kandungan audio yang pelbagai kepada pengguna.

Selain Spotify, antara pesaing terdekat mereka dalam arena penstriman muzik ini adalah termasuk Apple Music, YouTube Music, Amazon Music, dan beberapa yang lain. Baru-baru ini, syarikat disebalik TikTok turut sedang melihat untuk menyertai arena sama.



Spotify Kini Mempunyai Lebih 271 Juta Pengguna Aktif Bulanan – 125 Juta Pengguna Berbayar

Add a Comment

Your email address will not be published.