Stastistik Ini Buktikan Salah Penyerang Lebih Baik Dari Torres Dan Suarez

Sejak era Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula pada 1992, Liverpool pernah memiliki antara penyerang terbaik yang bola sepak Inggeris dan dunia pernah saksikan.

Antaranya adalah penyerang Sepanyol, Fernando Torres; penyerang Uruguay, Luis Suarez; dan kini penyerang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah.

Timbul persoalan siapakah diantara ketiga-tiga pemain ini merupakan penyerang terbaik untuk Liverpool.

Bagi penyokong The Kops, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk memilih pemain pilihan masing-masing.

Tetapi statistik ini mungkin menjawab pertanyaan anda dan kebanyakkan penyokong Liverpool.

Walaupun beraksi dengan jumlah perlawanan yang lebih sedikit, Mohamed Salah kini sudah menjaringkan gol yang lebih banyak berbanding Luis Suarez dan Fernando Torres.

Suarez yang kini beraksi bersama Barcelona tampil dalam 82 perlawanan dan menghasilkan 133 gol sepanjang tempoh di Anfield.

Fernando Torres pula menjaringkan 81 gol dari 142 perlawanan untuk Liverpool sebelum memilih untuk berhijrah ke Chelsea.

Dua gol jaringan Salah dalam perlawanan menentang Watford sebentar tadi mengesahkan pemain itu memiliki jumlah gol yang lebih banyak berbanding dua bekas penyerang tersebut.

Untuk rekod, Salah turut berjaya membawa Liverpool ke dua perlawanan akhir Champions League dan memastikan Liverpool muncul juara eropah pada musim lalu.

Liverpool juga kini berada di kedudukan terbaik untuk menamatkan kemarau 30 tahun Liverpool bergelar juara liga.

Maka tidak syak lagi, Salah adalah penyerang yang lebih baik berbanding kedua-dua pemain itu. Kejuaraan EPL (jika this year is our year) akan melengkapkan kejayaan Salah bersama Liverpool.

Source link
Stastistik Ini Buktikan Salah Penyerang Lebih Baik Dari Torres Dan Suarez

Add a Comment

Your email address will not be published.