Statistik Ini Buktikan Kepa Arrizabalaga Penjaga Gol Paling Teruk Di Premier League

Tewas sesebuah perlawanan kepada gol minit akhir adalah pengalaman yang menjengkelkan mana-mana pemain dan penyokong.

Maka tidak hairanlah mengapa ramai penyokong Chelsea melepaskan kemarahan di media sosial selepas Chelsea tewas 1-0 kepada Newcastle United pada 19 Januari lalu.

Tandukan Isaac Hayden pada minit akhir perlawanan cukup untuk memberikan kemenangan kepada Newcastle dalam perlawanan di St. Jame’s Park itu.

Ramai berpendapat Kepa sepatutnya beraksi lebih baik untuk menyelamatkan bola tersebut.

Ia adalah salah satu dari dua percubaan tepat yang dihasilkan Newcastle sepanjang 90 minit perlawanan.

Dan selepas turut melepaskan dua gol dalam perlawanan menentang Arsenal pada minggu berikutnya, Lampard mula merehatkan Kepa untuk memberi laluan kepada Wilfredo Caballero.

Tindakan Lampard itu jelas beliau sudah kurang yakin dengan bekas penjaga gol Athletic Bilbao itu.

Ia juga petanda jelas Lampard mahukan penjaga gol baharu untuk Chelsea pada musim panas ini.

Malah Lampard dilaporkan akan terus memberi kepercayaan kepada Calallero untuk perlawanan menentang Manchester United pada 17 Februari akan datang.

Situasi tersebut menimbulkan keadaan tegang diantara Lampard dan Pengarah kelab, Marina Granovskaia.

Marina berpendapat tindakan tersebut hanya akan menjejaskan nilai pasaran penjaga gol tersebut, sekiranya Chelsea perlu menjual pemain itu di kemudian hari.

Marina membelanjakan £71 juta untuk mendapatkan Kepa dari Athletic Bilbao pada musim panas 2018.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh fbref.com, Lampard mungkin mempunyai fakta beliau tersendiri untuk tidak menurunkan Kepa di dalam kesebelasn utama.

Apatah lagi Chelsea kini sedang dalam usaha untuk mengakhiri musim sebagai empat pasukan terbaik Premier League untuk slot ke Champions League pada musim hadapan.

Kami simpulkan peratusan menyelamat seperti senarai di bawah:

1. Alisson | 83%
2. Dean Henderson | 75%
3. Vicente Guaita | 73%
4. Kasper Schmeichel | 73%
5. Martin Dubravka | 71%
6. Bernd Leno | 71%
7. Matt Ryan | 71%
8. Paulo Gazzaniga | 69%
9. Alex McCarthy | 69%
10. David de Gea | 68%
11. Aaron Ramsdale | 67%
12. Ederson | 66%
13. Ben Foster | 66%
14. Tom Heaton | 64%
15. Jordan Pickford | 64%
16. Tim Krul | 63%
17. Rui Patricio | 62%
18. Nick Pope | 60%
19. Kepa Arrizabalaga | 55%

Source link
Statistik Ini Buktikan Kepa Arrizabalaga Penjaga Gol Paling Teruk Di Premier League

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *