Statistik OPTA Ini Buktikan Messi Masih Pemain Yang Harus Digeruni Pasukan Lawan

Lionel Messi dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia bola sepak pernah saksikan.

Sukar mempertikaikan hakikat ini tatkala kapten Barcelona ini memiliki deretan kejuaraan bersama kelab, mahupun pencapaian yang dilakukan secara peribadi.

Enam gelaran Ballon dโ€™Or misalnya cukup untuk menyatakan Messi adalah salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.

Namun walaupun telah menghasilkan 18 gol di La Liga pada musim ini, ramai juga yang mengkritik kemampuan pemain ini dan menyifatkan tempoh terbaik Messi sudah mulai berakhir.

Tetapi menghasilkan gol bukan satu-satunya kebolehan yang diperlukan oleh seorang pemain yang boleh kita anggap lengkap.

Seorang pemain berkelas dunia turut harus bijak mencipta peluang untuk rakan sepasukan yang lain untuk diterjemahkan kepada jaringan.

Kritikan terhadap Messi mungkin datang dari tanggapan segelintir pihak berasaskan pencapaian beliau bersama pasukannya. Namun OPTA membuktikan sebaliknya.

CIES, sebuah badan bebas yang mengkaji corak data di dalam bola sepak baru-baru ini telah mengkaji data daripada OPTA yang diambil sejak lima tahun yang lalu.

Dalam laporan oleh CIES, OPTA membuktikan bagaimana peningkatan peluang yang dihasilkan oleh Messi berdasarkan minit perlawanan pemain itu beraksi.

Berdasarkan data dari OPTAPro, sejak lima tahun lalu, Lionel Messi telah menghasilkan purata satu โ€˜big chanceโ€™ untuk setiap 90 minit permainan.

Frekuensi kekerapan โ€˜big chanceโ€™ oleh Messi bagaimanapun meningkat pada tahun lalu kepada setiap 87 minit. Data ini sekaligus menafikan tanggapan prestasi pemain ini mulai merosot, tetapi sebaliknya.

Sebahagian data OPTA yang dikumpul oleh CIES.

Analisis tersebut turut menyenaraikan Angel Di Maria dan kevin de Bruyne sebagai pencipta peluang besar tertinggi di kalangan pemain yang beraksi di lima liga utama di eropah.

Menurut CIES lagi, selain Messi, tiga pemain lain yang turut menghasilkan satu big chance di bawah 90 minit adalah Thomas Muller (setiap 72 minit), Angel Di Maria (82 minit), dan Kevin de Bruyne (87 minit).

Maka inilah senarai empat pemain yang mencipta peluang besar paling kerp di Eropah buat masa ini.

ย 

ย 

Source link
Statistik OPTA Ini Buktikan Messi Masih Pemain Yang Harus Digeruni Pasukan Lawan

Add a Comment

Your email address will not be published.