Syarat Kelayakan Kemasukan UITM Terkini


Syarat Kelayakan Kemasukan UiTM Terkini. Ketahui Syarat Kelayakan Kemasukan UiTM Terkini. Penting untuk kemasukan yang terbaru.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Syarat Kelayakan Kemasukan UiTM Terkini. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui tentang pemohonan kemasukan ke UiTM.

Baca dan Semak tentang Syarat Kelayakan Kemasukan UiTM Terkini.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pada 26 Ogos 1999, YAB PM ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran.

Permohonan Kemasukan Ke UiTM

Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian di UiTM, anda bolehlah mengemukakan permohonan.

Panduan Sebelum Membuat Permohonan

  1. Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN
  2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
  3. Sila kenalpasti Kategori Anda
  4. Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih (Klik SINI)

Kategori Permohonan

  1. Pra Diploma
  2. Diploma / Asasi
  3. Sarjana Muda
  4. Profesional
  5. Penerapan
  6. Setara Sepenuh Masa / Pengajian Luar Kampus

Tarikh-Tarikh Penting

  • 1 Mac 2020: Iklan hebahan
  • 2 Mac 2020: Permohonan dibuka & Jualan No Pin BSN
  • 30 Mac 2020: Tarikh tutup permohonan

Syarat-Syarat Utama Kemasukan Ke UiTM

Sebelum memohon, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu.

Kesemua syarat-syarat ini perlu dipenuhi untuk anda mengemukakan permohonan.

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan. 
  • Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon.
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah
  • bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah
  • Tidak belajar di mana-mana IPT

Berikut adalah merupakan syarat-syarat utama yang wajib anda sebagai pemohon penuhi,

Ini penting, kerana sekiranya salah satu daripada syarat ini tidak dipenuhi, anda tidak akan layak untuk memohon.

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM

Berikut pula adalah syarat-syarat am kemasukan ke UiTM yang wajib dipenuhi bagi calon-calon lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan juga Diploma.

Calon Lepasan SPM/Setaraf

Calon-calon lepasan SPM perlulah memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan ini. Antara syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STPM/Setaraf

Berikut pula adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh calon-calon lepasan STPM/Setaraf untuk masuk ke UiTM.

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

Antara syarat-syarat kelayakan yang wajib dipenuhi oleh calon lepasan Matrikulasi adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPT dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00.
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

Calon-calon lepasan Diploma pula perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi terus alamat dan no telefon yang tertera di bawah:

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

No telefon:

  • Unit Sarjana Muda: No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3277/ 2798
  • Unit Profesional: No. Tel : 03-5544 3168/ 3167

Kesimpulan Syarat Kelayakan Kemasukan UiTM Terkini

Artikel Syarat Kelayakan Kemasukan UITM Terkini ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga lepasan SPM/STPM/Matriks/Diploma yang berminat mengikut program Ijazah Sarjana Muda di UiTM.

Diharap entri Syarat Kelayakan Kemasukan UITM Terkini dapat membantu anda terutama mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *