Syarikat Telekomunikasi India Juga Meminta Syarikat Penstriman Menurunkan Kualiti Video


Sejak seminggu lalu Netflix, Disney+ dan Apple TV+ mula menurunkan kualiti video yang boleh distrim oleh pengguna mereka di Eropah bagi mengurangkan beban ke atas infrastruktur internet sepanjang tempoh berkurung. Kualiti video yang boleh distrim di benua Eropah kini dilaporkan hanya sekadar SD sahaja. Selepas Eropah, India pula mungkin akan menyusul dalam masa terdekat.

Persatuan Operator Selular India (COAI) semalam meminta syarikat pentsriman seperti Netflix, Hotstar, ZEE5 dan YouTube untuk mengurangkan kualiti video di India. Ini adalah bagi memastikan perkhidmatan internet yang stabil boleh diberikan kepada perkhidmatan lebih penting seperti perbankan dan kesihatan. COAI mewakili syarikat telekomunikasi Bharti Airtel, Reliance Jio dan Vodafone Idea yang mempunyai jumlah pengguna yang besar di negara tersebut.

India mula mengenakan perintah berkurung sehingga 31 Mac ini di beberapa daerah yang melibatkan ratusan juta penduduk. Dengan jumlah penduduk yang ramai berkurung di rumah, penggunaan data untuk menstrim kandungan video pasti meningkat secara mendadak.



Syarikat Telekomunikasi India Juga Meminta Syarikat Penstriman Menurunkan Kualiti Video

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *