Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam, Jaga Anak Sambil Main PUBG Mobile

Jika korang salah seorang peminat penyanyi Tajul, sudah pasti korang tahu yang dia baru sahaja bergelar bapa beberapa minggu lalu selepas siterinya melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Adriana Carissa.

BACA : “Banyak Darah… Seram Macam Nak Pengsan…” – Tajul

Baru-baru ini Tajul berkongsi pengalamannya menjadi seorang bapa dan mengakui masih kekok dalam menguruskan anak perempuannya itu yang kini baru berusia sebulan.

“Seronok bila dah bergelar bapa ni, sebelum ni hanya tengok abang dan kakak menimang cahaya mata. Macam tak percaya kini giliran saya pula merasa pengalaman baru ini.

“Namun saya masih kekok dalam menguruskan anak tambahan lagi ketika memandikannya. Biasalah Adriana masih lagi kecil fizikalnya masih lembut, saya sedikit risau jika menyebabkanya terseliah,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, penyanyi yang berusia 21 tahun itu mengatakan dia tiada masalah untuk berjaga malam kerana dalam pada yang sama dia boleh bermain permainan PUBG Mobile.

“Saya Takut Hilang Peminat” – Tajul Mengakui Sorok Perkahwinan

The post Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam, Jaga Anak Sambil Main PUBG Mobile appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.