Taktikal Aidil, Peranan Azmi Antara 5 Perkara Dari Pertemuan Kedah VS FC Seoul

Kedah gagal meneruskan perjalanan mereka di peringkat Asia pada musim ini apabila mudah ditundukkan oleh FC Seoul 4-1 di Stadium Piala Dunia Seoul pada malam tadi.

Mahu atau tidak, hakikatnya Kedah adalah pasukan underdog dalam perlawanan ini. Itu adalah hakikat yang harus ditelan oleh penyokong Kedah, dan juga penyokong bola sepak negara amnya.

Namun walaupun kalah perlawanan ini, ia tidak bererti tiada pengajaran yang boleh kita ambil. Berikut adalah lima perkara yang boleh kita pelajari selepas tamat perlawanan semalam.

1. Kedah mulai beri fokus 

Persiapan Kedah sepanjang pra musim ini boleh dianggap mempunyai kelainan ketara berbanding musim-musim sebelumnya.

Mereka begitu fokus sejak tamat saingan musim lalu, selepas mengesahkan slot ke Asia apabila muncul juara Piala FA 2019.

Antara perkara awal yang dilakukan ialah untuk mendapatkan pemain import yang mereka percayai mampu memberi penambahbaikkan kepada pasukan – sesuai dengan bajet dan dana tersedia.

Pra musim bermula hari ini!

Posted by FA Kedah on Monday, December 2, 2019

Kpah Sherman, Tcheche Kipre dan Amin Nazari dibawa masuk menggantikan Jonathan Baumann dan Fernando Rodriguez.

Dua pemain import itu mengumumkan akan meninggalkan skuad Lang Merah selang beberapa hari selepas tamat saingan Piala Malaysia.

Segala-galanya tampak baik dan terancang buat Kedah pada awal musim ini. Tidak seperti sebelumnya, isu kontrak pemain menjadi salah satu perkara yang dilihat menganggu fokus pra musim.

2. Pakar dan profesional

Ini adalah musim kedua jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin bersama pasukan Kedah. Segalanya tampak lebih tenang buat beliau apabila berjaya mendapatkan pemain yang beliau mahukan.

Perlawanan menentang FC Seoul adalah perlawanan kompetitif kedua buat Kedah pada musim ini. Nyata lawan dari Korea Selatan itu menyajikan saingan berbeza berbanding perlawanan menentang Tai Po FC sebelum ini.

Namun jika diamati peringkat awal perlawanan, barisan pemain Kedah sebenarnya mampu mengekalkan struktur taktikal pasukan – walaupun ditekan oleh pasukan lawan.

#aclpo
#fcsked

Kesebelasan utama pasukan Kedah pada malam ini.

Here we go!

#kedahfa
#aclplayoff
#seoul

Posted by FA Kedah on Tuesday, January 28, 2020

Antara yang menarik perhatian mengenai taktikal Aidil ialah peranan pivot bekembar di dalam pasukan – David Rowley dan Baddrol Bakhtiar di dalam sistem 4-3-3.

Tujuan utama Kedah menggunakan pivot berkembar adalah untuk memberikan lebih banyak tekanan atau protection diperlukan di bahagian tengah, dan menjadikan kawasan tersebut lebih kompak.

Dengan formasi ini, Kedah akan membentuk pertahanan yang lebih padat dan mengurangkan ruang gerakan kepada pihak lawan di bahagian tengah.

Pemain seperti Hadin dan Amin pula akan turun ke bawah untuk mencipta formasi 4-4-1-1 ketika bertahan.

Apa yang kami mahu katakan ialah Kedah kini berada di dalam tangan seorang jurulatih yang tahu apa beliau perlu lakukan.

3. Peranan Azmi Ibrahim

Antara isu yang sentiasa menyelubungi pasukan Kedah sejak 2-3 musim yang lalu adalah isu kecergasan pemain. Namun itu bukan perkara yang menjadi masalah buat mereka setakat ini.

Azmi Ibrahim menyertai pasukan Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada 2019 (betulkan kami jika tersilap).

AZMI IBRAHIM SEDIA MODUL LASAK BUAT ANAK BUAHNYA.

Jurulatih kecergasan skuad hijaukuning, Azmi Ibrahim adalah individu…

Posted by FA Kedah on Tuesday, December 4, 2018

Sejak daripada itu, harus diakui bekas pelari pecut negara ini telah melakukan tugas beliau dengan baik bersama skuad Lang Merah.

Selain dariapda pengalaman, Azmi memiliki kelayakan profesional yang diperlukan oleh mana-mana atlet, termasuk pemain bola sepak untuk memastikan kecergasan menjelang perlawanan sentiasa berada di tahap terbaik.

Dan untuk bersaing di peringkat tertinggi dan kompetitif seperti Asian Champions League, semestinya anda memerlukan pemain yang memiliki tahap kecergasan terbaik.

Pemain perlu lebih bijak dan tenang

Pada 20 minit pertama permainan, Seoul FC jelas mendominasi perlawanan.

Kedah pula kekal dengan perancangan mereka iaitu dengan memberikan fokus kekal dalam posisi dan shape mereka.

Taktikal Kedah lebih rigid kali ini. Pemain mereka cuba kekal untuk berdisiplin dalam posisi mereka.

Mereka bermain dengan bentuk “two bank of four” – membentuk dua lapis pertahanan untuk bertahan.

Pertahanan Kedah berada di garisan rendah dan hanya menunggu peluang untuk melancarkan serangan balas. Ini kerana Aidil tahu beliau mempunyai pemain yang lebih fizikal seperti Kipre dan Kpah Sherman.

FC Seoul tetap kekal dengan corak mereka yang tersendiri. Mereka kekal dengan pemainan mereka dengan bertukar-tukar hantaran dan melakukan lorongan yang berbahaya untuk memecah blok defensif Kedah.

Kesilapan pemain  pertahanan, Renan Alves jelas memberi masalah kepada Kedah. Tindakan mengangkat tangan dengan tinggi di kawasan penalti box adalah sangat tidak diperlukan.

Sebelum kad merah Renan, Kedah hampir menyesuaikan diri dengan permainan mereka.

Sebelum itu, Kedah mencipta satu peluang keemasan dan gagal disudahkan oleh Kipre.

Tindakan itu telah merugikan Kedah. Seoul FC mendapatkan penalti dan Renan telah dilayangkan kad kuning kedua.

Dalam situasi perlawanan yang tegang dan menuntut fokus, pemain sepatutnya lebih tenang dan bijak mengawal keadaan.

Rekod 53 tahun

Untuk rekod, tidak ada pasukan dari Malaysia yang pernah menewaskan wakil dari Korea Selatan sejak 53 tahun yang lalu dalam pertandingan kelab Asia.

Kali terakhir kemenangan dicapai menentang pasukan dari Korea Selatan direkodkan oleh Selangor, apabila menewaskan Tungsten Mining Co 1-0 di separuh akhir perlawanan timbal balik pada 1967.

Musim lalu, Perak ditundukkan 5-1 oleh Ulsan Hyundai di peringkat play-off.

Manakala JDT berjaya mengikat Gyeongnam 1-1 di Larkin, tetapi tewas 2-0 kepada lawan yang sama di tempat lawan dalam aksi peringkat kumpulan.

Rumusan

Walaupun tewas, pengalaman beraksi di peringkat ini adalah sesuatu yang berharga buat pasukan Kedah.

Pada pendapat penulis, Kedah telah melakukan apa yang sepatutnya dari segi persiapan. Namun ini hanyalah langkah pertama.

Sudah tentu kita mengharapkan pasukan seperti Kedah, atau pasukan lain dari Liga Malaysia melayakan diri lebih jauh pada masa hadapan.

Bagi Kedah, apa yang penting ialah mereka mengekalkan disiplin sepertimana mereka lakukan sepanjang kempen di Asia, untuk diterjemahkan ke saingan domestik pula.

 

 

 

Source link
Taktikal Aidil, Peranan Azmi Antara 5 Perkara Dari Pertemuan Kedah VS FC Seoul

Add a Comment

Your email address will not be published.