Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)


Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Kerajaan telah mengumumkan beberapa penambahan dan mengwalkan bayaran BSH kepada semua penerima BSH. 

Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Panduan ini khas buat anda yang berminat dan layak mendapat bantuan BSH.

Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

Selain, bantuan-bantuan dan insentif lain seperti Dana Inspirasi YaPEIMBSH juga merupakan yang dinanti-nantikan

Baca dan Semak  Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Kerajaan telah mengumumkan beberapa berita baik bagi mereka yang berkelayakan menerima BSH.

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif yang diwujudkan bagi merancakkan ekonomi negara yang merosot akibat:

  1.  Konflik perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat China (China)
  2.  Penularan wabak COVID-19 bermula pada awal tahun 2020 yang telah menjejaskan pelbagai negara, terutama di rantau ini.

Pembayaran BSH bagi Fasa 2 yang dijadualkan pada Mei 2020 akan diawalkan kepada Mac 2020.

Berita yang baik, bukan?

Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi mendepani kesan COVID-19 untuk memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Strategi Utama Pakej Rangsangan Ekonomi Negara

Pakej rangsangan ini mempunyai tiga strategi utama iaitu:

  1. MENANGANI IMPAK COVID-19 (18 LANGKAH);
  2. MEMANGKIN PERTUMBUHAN BERTERASKAN RAKYAT (5 LANGKAH);
  3. MENGGALAKKAN PELABURAN BERKUALITI (9 LANGKAH)

Tarikh Baru Pembayaran BSH 2020

BSH 2020 membabitkan penerima dengan pendapatan bawah RM2,000, RM2,001 hingga RM3,000 serta RM3,001 hingga RM4,000.

Kerajaan telah mengawalkan bayaran BSH sebanyak RM200 yang dijadualkan pada bulan Mei 2020 untuk dibayar pada bulan Mac 2020.

Penambahan Bayaran Tunai

Selain itu, kerajaan menambahkan lagi bayaran tunai sebanyak RM100 secara one-off kepada semua penerima BSH pada bulan Mei 2020.

Penambahan e-Tunai

Penerima BSH juga akan layak menerima tambahan lagi RM50 yang akan disalurkan secara e-Tunai.

Kriteria Kelayakan BSH

5 kategori berikut layak untuk memohon BSH 2020:

Kategori Layak

  1. Kahwin
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
  3. Warga emas sebatang kara
  4. Bujang
  5. OKU

Kategori Kahwin

Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
  • Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
  • Kecuali anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
  • Atau OKU yang berdaftar dengan JKM
  • Anak mestilah tiada pendapatan / tidak bekerja

Tarikh Permohonan dan Kemaskini

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:

  1. Permohonan BSH yang lalu lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    • Elaun Pekerja Cacat
    • Bantuan Penjagaan OKU
    • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    • Bantuan Orang Tua

Permohonan BSH Bujang 

Tahukah anda, untuk BSH 2020, kerajaan telah menambah 2 kategori baru iaitu:

  1. Bujang berumur 40 tahun ke atas
  2. OKU

Melalui penambahan ini, 1.1 juta penerima baru akan mendapat manfaat BSH. Semak di SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Permohonan Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang permohonan manual. Mudah sahaja. Untuk permohonan online, sila ke Portal Rasmi BSH dan klik pada butang Permohonan BSH.

Permohonan Secara Manual

Untuk permohonan melalui borang, anda boleh muat turun atau download borang-borang seperti di bawah:

  1. Borang Permohonan
  2. Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok
  3. Borang Pembatalan BSH
  4. Borang Serahan Dokumen Sokongan
  5. Borang Kemaskini Maklumat Waris

Semua borang ini boleh diserahkan di kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Borang manual nak hantar di mana?

Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)  anda boleh hubungi:

  1. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  2. Hotline Bantuan Sara Hidup LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
  3. Faksimili MOF: 03-8882 3933

Selain itu anda juga boleh menghubungi:

  1. Sekretariat MOF
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Mereka sedia membantu anda.

Kesimpulan Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 

Dengan pengawalan tarikh pembayaran BSH ini, rakyat dan sektor-sektor utama negara diberi peluang untuk menambah baik kualiti kehidupan mereka yang terjejas akibat krisis perdagangan dan penyebaran wabak di serata dunia.

Artikel Tarikh Baru Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk anda yang layak menerima bantuan BSH.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.