Tebus Bantuan eTunai Rakyat Percuma
| |
Hehe, tak percaya sudah :p
Lebih Info akan kongsikan Cara Tebus Bantuan eTunai Rakyat Percuma dengan lengkap! Panduan ini khas buat anda yang ingin Tebus Bantuan eTunai Rakyat Percuma yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Baca dan Tebus Bantuan eTunai Rakyat Percuma.
Program e-Tunai Rakyat telah diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan bajet 2020 Oktober tahun lalu.
Inisiatif ini diperkenalkan untuk meransang perkembangan ekonomi digital di Malaysia dan membentuk landasan ke arah masyarakat nirtunai atau cashless society.
Nirtunai tu cashless, bermakna transaksi yang tak memerlukan duit kertas konvensional.
bukan penniless ye :p
E-Tunai Rakyat 2020
Sebanyak RM450 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan.
— Sumber: Infografik Bernama
Dalam program tersebut, kerajaan akan memberikan RM30 secara sekaligus atau one-off, masuk kedalam e-dompet pengguna yang layak.
Jadi, anda layak ke tidak nak Tuntut Duit Percuma eTunai Rakyat 2020 ni?
Siapa Yang layak?
Ada dua kriteria untuk melayakkan anda menerima manfaat e-Tunai Rakyat iaitu:
- Anda mestilah warganegara Malaysia yang berumur lebih 18 tahun
- dan miliki pendapatan tahunan tidak melebihi RM100 ribu
Bermula 15 Januari 2020, anda yang layak bolehlah menebus RM30 yang dijanjikan kerajaan.
Tuntut di E-Dompet Yang Mana?
Okay, so nak tuntut dekat mana ni? Dah Semak Tarikh Masuk Duit PTPTN secara Online tapi tak masuk lagi ni.
Aduh, broke teruk..
Dapat RM30 lepas top up pun dah cun! kan?
Untuk tuntut, ada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang telah dipilih kerajan sebagai saluran penyampaian.
Dan kalau anda nak tahu, ada tiga dompet digital yang terpilih bagi perlaksanaan program ini ialah Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay.
Sampai Bila Boleh Tuntut?
Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan tamat pada 14 Mac 2020.
Kalau ada semua aplikasi, boleh tuntut di semua aplikasi ke?
Pergh, tamak sungguh anda. Haha, gurau.
Tapi, kalau anda ada semua aplikasi sekalipun, anda hanya boleh menebus RM30 masuk ke salah satu e-dompet anda sekali sahaja kerana ada pengesahan penerimaan dilakukan.
Tarikh Luput
Tapi anda kena tahu, yang RM30 tersebut ada tempoh luputnya.
Walaupun ada “expiration date”, tapi tak adalah sekejap sangat macam expired date roti di pasaraya.
Tapi, lama macam sardin dalam tin pun tidak!
Anda kenalah gunakan insentif tersebut dalam masa 3 bulan bermula 15 Januari 2020.
Kalau tak guna, ia akan dikeluarkan semula daripada e-dompet anda. Rugi SMH.
Cara Untuk Tuntut E-Tunai RM30 Melalui e-Dompet
- Muat turun terlebih dahulu aplikasi e-dompet yang anda berkenan di Appstore/Googleplay.
- Sahkan atau verity akaun e-Dompet anda.
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan untuk tuntut e-kredit RM30
- Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam e-dompet.
Apa? Masih tak jelas?
Rileks, mari kami tunjukkan langkah-langkah satu persatu untuk anda.
Berikut adalah langkah-langkah Cara Dapat Duit Percuma eTunai Rakyat 2020:
Cara Dapat Duit Percuma RM30 Melalui Touch ‘n Go
Dalam panduan kali ini, kami gunakan Aplikasi e-Dompet atau eWallet Touch ‘n Go sebagai contoh. Cara untuk tuntut RM30 di aplikasi lain pun lebih kurang sama sahaja.
Macam biasa, kita mulakan dengan Bismillah.
Langkah 1: Pergi ke aplikasi eWallet Touch ‘n Go. Lepastu Tap atau tekan pada “Claim Now”
Langkah 2 : Anda akan dibawa kepada paparan berikutnya. Tap pada kotak Terms tu, dan Tap atau tekan “Claim Now”
Langkah 3: Tekan atau tap pada kategori “Malaysian” kemdian “Take ID Photo”
Langkah 4: Tangkap gambar depan IC anda. Pastikan semuanya jelas.
Langkah 5: Lepastu, anda kena berswafoto atau berselfie sikit. Yang photogenic tu bolehlah serlahkan pose-pose mengancam anda.
Langkah 6: Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
Langkah 6 : Tada! Sekarang akaun anda dah pun disahkan. Jadi tunggulah dalam masa 24-48 jam untuk RM30 dikreditkan ke dalam akaun anda.
Mudah kan? Tak susah pun. Nak sapu jem atas roti lagi banyak kerja berbanding Cara Dapat Duit Percuma eTunai Rakyat 2020 ni.
Dah dapat duit tu, guna elok-elok dan secara berhemah.
Needed to send you the very little word to finally thank you so much the moment again regarding the splendid things you have shared on this site. This has been simply tremendously open-handed with you to present unreservedly what most people would’ve sold for an electronic book to help with making some money on their own, primarily seeing that you might well have tried it in the event you wanted. Those techniques in addition worked to become a great way to realize that someone else have the same passion similar to my very own to see somewhat more with reference to this problem. I know there are some more pleasurable situations up front for people who see your website.