Telegram Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baru Untuk Lebih Interaktif – Termasuk “Quiz Mode”
| |
Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular dan digunakan ramai diseluruh dunia – salah satu sebabnya adalah kerana penawaran sokongan multi-peranti, selain ciri-ciri menarik bersama dengannya.
Terbaru, Telegram telah menambah sejumlah ciri baru, memfokuskan kepada sokongan membuat bancian atau undian pada Groups dan Channels.
Dalam menjadikannya lebih interaktif, kini pengguna boleh membuat paparan bancian atau undian dengan lebih terbuka, selain turut menawarkan kebolehan mengundi lebih daripada satu jawapan untuk sesuatu undian.
Menariknya, salah satu ciri baru yang turut mencuri perhatian adalah “Quiz Mode”, sekaligus membolehkan anda menawarkan kuiz tekaria seumpama rancangan popular “Who Wants To Be A Millionaire”.
Bagi anda yang menggunakan Android dan iOS, boleh mengemaskini aplikasi Telegram anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.
Telegram Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baru Untuk Lebih Interaktif – Termasuk “Quiz Mode”
I am only writing to make you understand what a superb experience our princess undergone viewing yuor web blog. She picked up such a lot of things, with the inclusion of what it is like to possess an ideal teaching style to make the others without hassle thoroughly grasp specified tricky topics. You undoubtedly surpassed visitors’ expected results. Thanks for showing those valuable, trustworthy, revealing not to mention unique tips on your topic to Sandra.