Teruja Hasilkan Assist, Braihwaite Enggan Basuh Baju Lepas Peluk Messi

Pemain yang dibawa masuk oleh Barcelona secara ‘cemas’ – emergency signing – Martin Braithwaite dengan nada bergurau berkata tidak akan mencuci jersi yang beliau gunakan untuk memeluk Lionel Messi.

Dalam perlawanan semalam, Braithwaite sempat menghasilkan satu assist untuk kapten Barcelona itu, tatkala Messi menjaringkan 4 gol untuk membelasah Eibar 5-0.

Braithwaite yang baru dimumkan sebagai pemain Barcelona beberapa hari yang lalu tampil sebagai pemain gantian, dan sempat menghasilkan dua assist dalam perlawanan tersebut.

“Messi mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau adalah individu yang hebat dan cuba membuatkan saya selesa di atas padang dengan melakukan hantaran kepada saya,” ujar Braithwaite dengan anda teruja selepas perlawanan.

“Sudah tentu saya sangat gembira kerana berjaya menghasilkan assist pertama untuk Leo [Messi].”

Messi menjaringkan tiga gol pada 26 minit pertama perlawanan sebelum menambah gol keempat hasil umpanan Braithwaite.

Lionel Messi berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan ini, sekali gus mencatatkan empat kemenangan berturut turut untuk Barcelona

Kemenangan ini membolehkan Barcelona untuk terus memberikan tekanan kepada musuh tradisi mereka Real Madrid yang dikejutkan Levante awal pagi tadi.

Perpindahan Braithwaite sebenarnya mencipta kontroversi kerana La Liga membenarkan perpindahan tersebut dilakukan di luar jendela perpindahan FIFA.

Barcelona pula mengambil kesempatan dari kelompongan peraturan di La Liga dengan membayar klausa pelepasan bernilai £16 juta untuk mendapatkan bekas pemain Middlesbrough itu.

Barcelona terpaksa membeli penyerang berusia 28 tahun itu selepas kecederaan yang menimpa Luis Suarez dan Ousmane Dembele, dan kedua-dua pemain disahkan akan berehat untuk keseluruhan musim.

 

Source link
Teruja Hasilkan Assist, Braihwaite Enggan Basuh Baju Lepas Peluk Messi

Add a Comment

Your email address will not be published.