Tesco Memperkenalkan Aplikasi “Scan & Shop” – Memudahkan Proses Pembelian Dan Pembayaran


Tesco Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi pengenalan aplikasi “Scan & Shop” di semua cawangan seluruh negara (kecuali Tesco Extra Selayang yang dijangka diperkenalkan menjelang Jun 2020).

Aplikasi ini boleh terus dipasang pada peranti mudah-alih pengguna, seterusnya digunakan untuk mengimbas produk yang ingin dibeli – sekaligus memantau perbelanjaan mereka di pasaraya Tesco.

Sebaik sahaja selesai mengimbas dan memilih produk yang sepatutnya, pengguna boleh terus ke kaunter pembayaran, dan membuat pembayaran menggunakan bar kod yang dijana khusus.

Hal ini sekaligus memudahkan lagi proses pembayaran tanpa memerlukan pengguna mengeluarkan sebarang barangan daripada troli. Tesco juga mengatakan pengenalan aplikasi ini akan mempercepatkan lagi urusan pembayaran.

Pada masa yang sama, Tesco turut mengumumkan yang mana mereka akan menerima pembayaran menggunakan tujuh dompet digital popular, iaitu Alipay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple, Mcash dan juga TNG Digital.

Muat-Turun Tesco Scan & Shop di Android

Muat-Turun Tesco Scan & Shop di iPhone



Tesco Memperkenalkan Aplikasi “Scan & Shop” – Memudahkan Proses Pembelian Dan Pembayaran

Add a Comment

Your email address will not be published.