THROWBACK: Detik Kepa Ingkar Arahan Keluar Sarri Warnai Final Piala Carabao 2019

Genap setahun yang lalu, peminat bola sepak Inggeris tertumpu ke Wembley untuk perlawanan akhir Piala Carabao membabitkan pasukan Manchester City menentang Chelsea.

Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan, kedua-dua pasukan gagal menemui jaring untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Selepas tamat tempoh 30 minit masa tambahan, perlawananΒ  terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terus buntu untuk mengatasi satu sama lain.

Chelsea kendalian Maurizio Sarri pada ketika itu kemudiannya terpaksa akur dengan kehebatan anak buah Guardiola apabila tewas 4-3 dalam sepakan penentuan tersebut.

Perlawanan tersebut turut dibayangi oleh keengganan penjaga gol The Blues, Kepa Arrizabalaga untuk dikeluarkan oleh Maurizio Sarri untuk memberi laluan kepada Willy Caballero.

Tindakan penjaga gol termahal dunia itu seakan-akan memberontak terhadap keputusan dan kuasa pengurus untuk menggantikan beliau ketika perlawanan.

Tiba di Stamford Bridge dengan nilai Β£71 juta dari Athletic Bilbao, penjaga gol itu mengalami kekejangan otot pada babak akhir masa tambahan.

Ini menyebabkan Sarri memutuskan untuk memasukkan Caballero yang menyelamatkan tiga penalti ketika penjaga gol itu masih beraksi bersama City – untuk menafikan Liverpool kejuaraan yang sama pada 2016.

Keengganan Arrizabalaga untuk menurut arahan menyebabkan Sarri kelihatan amat marah di kawasan teknikal.

Pada satu ketika pengendali dari Itali itu kelihatan akan meninggalkan kawasan teknikal sebelum berpatah balik – mungkin kerana ingatkan peraturan pertandingan.

Malah sebatang pen turut dipatahkan oleh Sarri kerana meradang dengan insiden tersebut.

Kesengsaraaan Sarri akhirnya ditamatkan oleh City melalui penentuan sepakan penalti.

Raheem Sterling menjaringkan penalti kemenangan untuk The Citizen.

Β 

Source link
THROWBACK: Detik Kepa Ingkar Arahan Keluar Sarri Warnai Final Piala Carabao 2019

Add a Comment

Your email address will not be published.