Tidak Semua Kabel USB-C Boleh Digunakan Pada Google Pixel 4


Pixel 4 adalah peranti yang paling mengecewakan tahun ini. Pertama, ia tidak mempunyai lensa sudut ultra lebar. Kemudian kedua, ia masih kekal menggunakan saiz bateri yang kecil dan ketiga, masih kekal dengan banyak masalah dan mengambil masa begitu lama untuk membaiki. Terkini, pihak Android Authority mendapati yang tidak semua kabel USB-C boleh digunakan pada Pixel 4.

Wow, sudah seperti iPhone yang hanya aksesori MFI sahaja boleh digunakan. Ya benar, Google ada juga aksesori MFG (Made For Google). Tetapi sepatutnya kabel-kabel USB-C lain yang diiktiraf kebaikannya patut sokong. Pihak Android Authority melaporkan yang banyak kabel USB-A ke USB-C tidak boleh digunakan untuk mengecas Pixel 4. Akan tetapi kabel yang sama digunakan pada Pixel 3a atau Pixel 3 tiada masalah. Bukan itu sahaja, ada juga aksesori seperti power bank tidak boleh mengecas Pixel 4.

Kebiasaannya, jika kabel itu tidak menyokong Pixel 4 ia akan turun kuasa ke 2.5W atau sekurang-kurangnya kepada kuasa yang paling sesuai. Tetapi kes Pixel 4 ini, ia langsung tidak dikesan. Kabel USB-C ke USB-C dilaporkan tiada masalah langsung. Pihak Android Authority menyatakan kabel USB dengan spesifikasi 5A adalah majoriti kabel yang tidak disokong Pixel. Jika itu tidak cukup, aksesori seperti penyesuai USB-C ke port bicu audio 3.5mm juga tidak akan disokong jika tidak diiktiraf Google.

Antara sebab yang boleh dijelaskan adalah, Google sudah sekian lama ingin menyelarikan sistem pengecasan pantas pada peranti Android haruslah berasaskan USB-PD. Perkara ini adalah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan peranti. Jadi, untuk Pixel 4 lebih afdal jika pengguna gunakan sahaja kabel yang disediakan atau kabel USB-C PD yang diiktiraf.



Tidak Semua Kabel USB-C Boleh Digunakan Pada Google Pixel 4

Add a Comment

Your email address will not be published.