Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini


Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini. Ketahui Tips Penting Permohonan UPU Online untuk kemasukan tahun yang terkini.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda tentang Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini.

Baca dan Semak tentang Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini

BKPA JPT adalah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU.

BKPA JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke:

  1. 20 Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline
  • Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
  • Program Pengajian Lepasan SPM

2. 36 Politeknik Konvensional/METrO, 103 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUSkills

  • Program Pengajian Lepasan SPM
  • Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

Permohonan UPU 2020/2021

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf, kini anda boleh mula memohon untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Tinggi di seluruh negara.

Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian di IPTA, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui sistem UPU online.

Anda perlulah memnuhi syarat kelayakan untuk memohon.

Ini penting, kerana sekiranya salah satu daripada syarat ini tidak dipenuhi, anda tidak akan layak untuk memohon.

Kategori Permohonan

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

  1. Terbuka kepada lepasan STPM 2019, Matrikulasi KPM/Asasi PASUM/Asasi UITM (tahun semasa), STAM 2019 dan 2018, dan Diploma/Setaraf
  2. Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  3. Menyambung ke peringkat pengajian ijazah sarjana muda di UA
  4. Program pengajian di 20 Universiti Awam diseluruh Malaysia

Program Pengajian Lepasan SPM

  1. Terbuka kepada kategori A (SPM 2019) dan Kategori B (SPM 2018 & 2017)
  2. Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  3. Peringkat pengajian sijil, asasi,matrikulasi, diploma dan sarjana muda
  4. Program pengajian di Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam

Tarikh Penting Permohonan UPU 2020

Anda boleh mula membuat permohonan di UPUOnline pada bulan Februari sehingga bulan April.

Anda perlu mengisi maklumat peribadi sahaja.

Program dan syarat hanya dimuktamadkan semasa proses permohonan bermula pada bulan Februari 2020/2021

Kalendar Aktiviti UPU

  • Permohonan UPU 2020: 24 Februari 2020
  • Tarikh tutup Permohonan UPU: 4 April 2020

Pastikan anda tidak terlepas akan tarikh-tarikh ini. Bak kata orang putih, save the date!

Cara Permohonan UPU 2020/2021 Online

Bagi lepasan SPM dan STPM bagi sesi kemasukan 2020/2021 pemohon boleh membuat pendaftaran di portal UPUOnline tanpa mengunakan Unik ID dan hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja.

Daftar Akaun

Pemohon perlu Daftar Akaun Baru sebelum memulakan permohonan.

Bagi Pemohon yang telah mendaftar dan mengisi permohonan pada Sesi Pendaftaran Lepas, Anda boleh terus Log
Masuk menggunakan akaun yang telah dijana.

Jika anda ada pertanyaan, boleh lihat manual yang disediakan oleh pihak UPU:

  1. Untuk lepasan SPM, anda boleh klikSINI
  2. Untuk lepasan STPM, anda boleh klik SINI 

Selepas mengemukan permohonan, TIADA HAD ditetapkan bagi pengemaskinian maklumat permohonan
sehingga tarikh tutup permohonan.

Jadi maknanya, kalau nak kemaskini 10 kalipun boleh asalkan tarikh permohonan belum ditutup dan masih dibuka.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi terus alamat dan no telefon yang tertera di bawah:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864

Mereka pasti akan membantu anda.

Kesimpulan Permohonan UPU Online Terkini

Artikel Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga lepasan SPM/STPM/Matriks/Diploma yang berminat mengikut program Ijazah Sarjana Muda ke peringkat menara gading.

Diharap entri Tips Penting Permohonan UPU Online Terkini dapat membantu anda terutama mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.