Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS


Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS, apa caranya? Boleh ke Semak WTD dan Tuntut Online Wang Tak Dituntut tu?

Lebih Info akan kongsikan Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS! Panduan ini  untuk membantu anda membuat semakan kalau-kalau anda ada wang yang belum tuntut yang tersimpan di Jabatan Akauntan Negara.

Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS

Baca dan Semak Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS.

Wang Tak Dituntut

Wang Tak Dituntut adalah wang yang perlu dibayar kepada pemiliknya yang sebenar dalam tempoh masa tertentu  seperti yang telah termaktub dalam undang-undang.

Di mana duit tak dituntut tu disimpan?

Sementara menunggu dituntut pemiliknya, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merupakan pemegang amanah yang akan menjaga wang itu.

Wang ni siapa yang punya?

Bukan… bukan Ahmad Albab. Anda lah yang punya.

Aik, bila masa anda ada duit yang dituntut? Ha mari baca.

Kategori Wang Tak Dituntut

Ada 3 kategori Wang Tak Dituntut, iaitu:

Pertama

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun, termasuklah:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  •  tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Kedua

Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun, contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Ketiga

Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun, seperti:

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online

Berikut cara Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS. Senang aje sebenarnya, tak susahpun. Sapu jem atas roti lagi payah.

eGUMIS

Sebelum ini, semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) hanya boleh dilakukan di kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri.

Kerajaan telah melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) untuk memudahkan lagi anda untuk membuat semakan dan tuntutan WTD.

Sistem ini baru sahaja dilancarkan awal tahun ini yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat semakan secara atas talian atau online je.

Pendaftaran 

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Masukkan semua maklumat dan butiran yang diminta. Pastikan maklumat yang dimasukkan tu betul!

Tuntut Online Wang Tak Dituntut

Selepas daftar, anda akan dapat satu emel di emel yang anda gunakan untuk mendaftar. Gunakan password yang ada di dalam emel tersebut untuk log masuk.

Semakan WTD Online

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).

Tada.. Senang kan? Kalau anda ada wang milik anda yang tak dituntut, senarainya akan keluar di situ.

Tuntutan Wang Tak Dituntut

Okay, sekarang anda dah semak, check. dan anda dapati, anda ada duit yang tak dituntut. Jadi macam mana nak tuntut?

Tuntutan WTD Secara Manual

Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan.

Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

untuk senarai Cawangan JANM, klik SINI.

Tuntutan WTD Secara Online

Buat masa sekarang, belum ada lagi permohonan wang tak dituntut secara online.

Namun begitu, ada kemungkinan ianya akan boleh dibuat secara online.

Bila? Sama-sama kita nantikan. Jeng..Jeng..Jeng

Maklumat Lanjut

Anda ada pertanyaan lanjut? Boleh hadir ke alamat di

Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Waktu urusan :
Isnin – Khamis: 8.30 pg – 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pg – 12.15 tgh 2.45 ptg – 4.30 ptg
Tutup : Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tel : 03-2056 8000
Faks : 03-2026 7430 / 03- 2072 5707

Kesimpulan Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS

Dengan adanya eGumis, pemohon tidak lagi perlu ke Pejabat-pejabat kerajaan hanya untuk membuat semakan. Buat masa sekarang untuk Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS belum tersedia lagi tapi anda boleh membuat semakan. Menyenangkan bukan? Jimat kos, jimat masa dan jimat ruang.

Artikel Tuntut Online Wang Tak Dituntut eGUMIS yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk membuat semakan secara online.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menyemak!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.