Tyson Fury: Raja Gipsi Yang Bangkit Melawan Kembali

Tyson Fury memenangi antara kejuaraan terbesar sepanjang kariernya pada hujung minggu lalu dengan menewaskan Deontray Wilder di Las Vegas.

Peninju dari Britain itu menampilkan aksi ‘masterclass’ untuk memberikan peninju dengan gelaran ‘Bronze Bomber’ kekalahan pertama di dalam karier.

Giant killer

Wilder sebelum itu menang 41 daripada 42 pertarungan dengan knockout.

Ini adalah kali kedua Fury berjaya meraih kejuaraan dunia daripada peninju bertaraf legenda sepanjang kariernya.

Kedua-dua kejuaraan turut diraih di luar United Kingdom.

Sebelum ini Fury yang pada ketika itu berusia 27 tahun meruntun keangkuhan Vladimir Klotschko di hadapan 50,000 penonton di Jerman pada 2015.

Kali ini Fury menamatkan gelaran juara dunia selama lima tahun yang dimegahkan oleh Wilder.

Melawan musuh terbesar

Di antara dua kisah kejayaan tersebut, Fury turut mempunyai kisahnya sendiri yang bergelut dengan musuh terbesar di dalam kariernya – iaitu dirinya sendiri.

Pada 2016, Fury diuji positif terhadap kokain. Pada ketika itu Fury turut mengalami masalah berat badan berlebihan kerana tabiat buruknya itu.

Selain isu kokain, Fury turut mengalami masalah ketagihan alkohol yang menyebabkan beliau mengalami masalah depresi teruk.

Semua masalah ini hampir meragut nyawa Fury. Apatah lagi karier beliau di dalam arena tinju.

Kebangkitan Raja Gipsi

Hanya selepas 925 hari, Fury kemudiannya kembali ke arena tinju dunia selepas berjaya hilang 64kg untuk perlawanan menentang Wilder pada Disember 2018.

Di hadapan 17.698 di Staple Center, Wilder dan Fury bertarung dalam 12 pusingan yang berakhir dengan keputusan seri.

Keputusan itu bermakna Wilder mengekalkan kejuaraan WBC milik beliau.

Keputusan seri tersebut terhasil selepas juri dari Mexico, Alejandro Rochin memberikan mata 115-111 memihak kepada Wilder.

Juri dari Kanada, Robert Tapper pula dengan kiraan 114-112 memihak kepada Fury, manakala juri dari Britain, Phil Edwards pula dengan mata terikat 113-113

Namun selepas rematch diadakan sekali lagi, tidak ada yang mampu menghalang si Raja Gipsi kembali menerajui takhtanya.

Penutup

Kemenangan ke atas Wilder bermakna Fury melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 30-0 dengan satu seri dan 21 knockout.

“Saya menumbuknya [Wilder] dengan tangan kanan dan menjatuhkannya, dia bangun kembali dan berjuang hingga ke pusingan tujuh.

Obesiti antara musuh utama Tyson Fury.

“Dia seorang pejuang, dia akan kembali, dia akan menjadi juara sekali lagi,” katanya selepas pertarungan tersebut sebagai tanda hormat kepada lawannya itu.

Pertarungan diantara Fury dan Wilder dianggap perlawanan terbesar sejak Lennox Lewis menewaskan Mike Tyson pada tahun 2002.

Ikuti highlight pertarungan diantara Fury dan Wilder melalui pautan di bawah:

 

 

Source link
Tyson Fury: Raja Gipsi Yang Bangkit Melawan Kembali

Add a Comment

Your email address will not be published.