UFC 249: Saksikan Trailer Promosi Panas Pertarungan Khabib Nurmagomedov VS Tony Ferguson

UFC 249 bakal menampilkan pertarungan yang amat dinanti-nantikan selama ini. Sebelum ini tidak kurang empat kali pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson telah diatur.

Dan menjelang setiap pertarungan, sesuatu pasti terjadi menyebabkan salah seorang daripada mereka tidak boleh mengatur langkah menuju ke Octagon pada malam perlawanan.

Kecederaan dan isu berat badan antara yang menghalang pertarungan yang pertama kali dirancang pada 2015.

Pertarungan tersebut tidak pernah menjadi realiti sejak lima tahun lalu – menyebabkan pertemuan kedua-dua pertarung dianggap memiliki sumpahan dalam sejarah UFC.

Dan buat kali kelima, kali ini ia pertarungan di antara Khabib (28-0) yang akan mempertahankan kejuaraan UFC lighweight miliknya menentang Ferguson (25-3) di Barclay Center di New York akan menjadi realiti di UFC 249.

Menjelang pertarungan yang amat dinanti-nantikan ini, UFC telah mengeluarkan sebuah video untuk tujuan promosi – yang tidak lari daripada sejarah persenketaan kedua-dua pertarung yang tidak pernah berhadapan satu sama lain ini.

“Pertarungan ini sepatutnya telah berlaku sebelum ini. Saya gembira ia akhirnya akan berlaku. Terdapat banyak perkara dipertaruhkan di dalam pertarungan kali ini,” kata Daniel Cormier yang merupakan pengulas pertarungan UFC di video tersebut.

Bagi Ferguson, beliau sedar perlu beraksi dengan baik berhadapan Khabib, apatah lagi setelah menunggu amat lama untuk berhadapan dengan Sang Juara.

“Saya telah menanti selama bertahun lamanya untuk menyediakan diri khusus untuk perlawanan ini, dan saya mahu ia menjadi penantian yang berbaloi.

“Saya akan memenangi tali pinggang kejuaraan itu! Saya telah menanti cukup lama,” kata Ferguson.

Khabib turut merujuk kepada sejarah persengketaan kedua-duanya, dan menjanjikan kemenangan besar ke atas lawannya itu pada malam pertarungan nanti.

“Kedua-dua kami mempunyai sejarah…akhirnya kami akan bertarung dan saya akan membelasah dia di hadapan semua orang!”

Pada pengakhiran video tersebut, Joe Rogan yang biasanya menjadi announcer pertarungan menyifatkan pertemuan kedua-dua pertarung ini adalah yang terpenting di dalam sejarah divisyen lighweight.

Sukar untuk berdebat dengan kenyataan daripada Joe Rogan itu.

Kini hanya tinggal lima minggu sahaja lagi untuk melihat siapakah diantara keduanya lebih layak bergelar juara dan pertarung yang lebih baik.

Sidang media memperkenalkan kedua-duanya sebelum ini turut berlangsung dengan panas dengan provokasi kedua-dua pihak.

Ferguson adalah bekas juara dan merupakan pemegang tali pinggang kejuaraan pada Oktober 2017.

Walaupun gelaran tali pingang itu telah lama dilucutkan disebabkan kecederaan yang menimpanya, Ferguson tetap membawa tali pinggang lamanya ke sidang media tersebut

Ia menimbulkan ketegangan ketika kedua-duanya diperkenalkan dalam sidang media.

Ferguson meletakkan tali pinggangnya ke lantai dan mulai bertikam lidah seolah-olah mencabar Khabib. Ia adalah provokasi yang jelas daripada bekas juara itu.

Khabib tidak berdiam diri menjawab Ferguson kembali sebelum bertindak menyepak keluar tali pinggang lama milik Ferguson daripada pentas.

Khabib jelas hilang pertimbangannya dalam situasi tersebut, tetapi Ferguson jelas tidak peduli dengan tindakan bakal lawannya itu.

Source link
UFC 249: Saksikan Trailer Promosi Panas Pertarungan Khabib Nurmagomedov VS Tony Ferguson

Add a Comment

Your email address will not be published.