UFC 249: Sumpahan Terus Hantui Pertembungan Khabib Nurmagomedov VS Tony Ferguson

April bakal menyaksikan UFC 249 menampilkan pertarungan yang amat dinanti-nantikan selama ini.

Sebelum ini tidak kurang empat kali pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson telah diatur dan terpaksa dibatalkan.

Dan menjelang setiap pertarungan, sesuatu pasti terjadi menyebabkan salah seorang daripada mereka tidak boleh mengatur langkah menuju ke Octagon pada malam perlawanan.

Kecederaan dan isu berat badan antara yang menghalang pertarungan yang pertama kali dirancang pada 2015. Pertembungan kedua-dua pertarung ibarat telah disumpah tidak akan berlaku.

Sumpahan kembali?

Sumpahan pembatalan perlawanan membabitkan kedua-dua pertarung ibarat akan berlaku lagi buat kali kelima!

Baru-baru ini Presiden UFC, Dana White telah memuat naik satu mesej di media sosial memberi gambaran pertarungan tersebut terpaksa dibatalkan sekali lagi disebabkan penularan wabak COVID-19.

Menjelang UFC 249 yang dijadualkan pada 18 April, White berkongsi satu muat naik dengan tulisan:

“Bagaimana jika COVID-19 memaksa pembatalan Tony vs Khabib?”

Ketika ditemui di Las Vegas pada sidang media UFC 249 pada Jumaat lalu, White telah diajukan soalan mengenai ancaman COVID-19.

“Apabila ia mengenai keselamatan atlet dan penyokong, apa sahaja yang anda lakukan atau ke mana sahaja anda pergi, kami akan sentiasa peduli,” ujarnya.

 

“Kami telah memikirkan perkara ini selama berminggu lamanya. Dr Davidson (pakar perubatan UFC) juga terlibat. Saya tidak tahu perkara lain yang harus diperkatakan selain daripada ini.”

Buat masa ini White menafikan pertarungan tersebut akan dibatalkan.

“Kami tidak akan membatalkan pertarugan tersebut pada masa terdekat,” tambah White.

Pertarungan tertutup

Acara UFC pada Sabtu lalu di Brasilia, Brazil telah diadaka tanpa penonton.

Selain daripada pertembungan diantara Khabib vs Ferguson, UFC 249 turut mencuri tumpuan bagi acara wanita untuk pertarugan diantara Jessica Andrade vs Rose Namajunas, Jeremy Stephens vs. Calvin Kattar dan Uriah Hall vs. ‘Jacare’, antaranya.

Source link
UFC 249: Sumpahan Terus Hantui Pertembungan Khabib Nurmagomedov VS Tony Ferguson

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *