(Ura-Ura) Samsung Galaxy S20 Dengan Fold Baru Dijangka Dilancarkan Pada 11 Februari


Dengan permulaan tahun 2020, ramai yang sering menantikan pelancaran telefon mercu terbaru, terutamanya daripada Samsung. Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, kini hadir sebuah video tertiris ke arena web, memberikan petanda Samsung mungkin melancarkan Galaxy seterusnya pada 11 Februari 2020 kelak.

Daripada video acah yang hadir ke arena web ini, ia memperlihatkan dua peranti misteri – mungkin adalah siri Galaxy S20 yang baru, dan juga Galaxy Fold yang boleh dilipat atas kebawah sekaligus membawa rekaan segi empat sama.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan video tertiris ini.



(Ura-Ura) Samsung Galaxy S20 Dengan Fold Baru Dijangka Dilancarkan Pada 11 Februari

Add a Comment

Your email address will not be published.