Video: Aksi Djokovic VS Fererer, Dan Mengapa Nadal Perlu Gentar Kepada Djoker Dari Serbia

Novak Djokovic kini berada di dalam misi untuk menjadi pemain tenis terbaik sepanjang zaman, dan perkara ini seharusnya menggusarkan Rafael Nadal.

Semua cakap-cakap menjelang Terbuka Australia sebelum ini hanya menjurus kepada keupayaan pemain No.1 dunia, Nadal menyamai rekod Roger Federer dengan memenangi Grand Slam ke-20.

Tetapi pemain dari Sepanyol itu kini juga wajar risau akan prestasi semasa pemain dari Serbia itu untuk 12 bulan kebelakangan ini yang kini berada di landasan untuk meraih gelaran ke-17 pada hujung minggu ini.

Djokovic enggan isu jadi penghalang

Federer sebelum ini mengakui dua seteru utamanya itu akan melangkaui pencapaian beliau satu hari nanti.

Federer bagaimanapun memiliki peluang untuk menangguhkannya buat Djokovic, selepas kedua-duanya bertembung di separuh akhir Terbuka Australia.

Selepas Nadal disingkirkan dari pertandingan ini oleh Dominic Thiem, Federer jelas berkemampuan untuk melakukannya.

Namun selepas menanggung kecederaan di suku akhir menentang Tennys Sandgren, misi itu kelihatan amat sukar menentang Djokovic yang berada di prestasi terbaik.

Apabila pertemuan ke-50 menentang Djokovic ini menuntut lebih kekuatan fizikal, Federer jelas bergelut.

Djokovic turut mempunyai isu tersendiri dalam pertemuan ini, selepas mengadu sakit perut kepada pelatih.

Namun jelas masalah tersebut tidak mahu dijadikan alasan oleh Djokovich, apabila memaksa kemenangan berpihak kepada dirinya tana perlu berada di prestasi terbaik.

Sesuatu untuk Nadal renungkan

Pada usia 32 tahun, Djokovic adalah pemain termuda di kalangan tiga pemain tenis terbaik dunia ini. Ini bermakna masa memihak kepada Djokovic.

Malah generasi baharu, atau bintang Next Gen tenis masih dilihat tidak mampu bersaing dengan Djokovic untuk tahun-tahun mendatang.

Kemampuan pemain dari Serbia itu memadam beberapa kelemahan – seperti servis kedua – di bawah kendalian jurulatih Goran Ivanisevic juga adalah sesuatu yang mengujakan dari pemai ini.

Jelas Nadal perlu memikirkan bagaimana beliau boleh menyekat Djokovic dari mengejar rekod dirinya di dalam dunia tenis, sebelum Nadal memikirkan untuk mengatasi rekod Federer.

Satu perkara yang pasti perlawanan akhir Terbuka Australia kali ini pasti akan ditonton oleh Nadal dengan penuh minat dan juga pertanyaan.

Source link
Video: Aksi Djokovic VS Fererer, Dan Mengapa Nadal Perlu Gentar Kepada Djoker Dari Serbia

Add a Comment

Your email address will not be published.