(Video) 'Aku hindu la.. aku siam..' – Bengang cinta ditolak, lelaki sihir perempuan ini hampir 10 tahun


Hanya kerana menolak lamaran cinta seorang lelaki, wanita ini disihir dan merana dek dendam si lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu. 

Difahamkan, hampir 10 tahun mangsa menderita dek perbuatan syirik pelaku yang masih tidak move on walaupun kedua-dua mereka sudah mendirikan rumah tangga.

CINTA ditolak, bomohkan perempuan guna bomoh siam dan perempuan bertukar jadi tok sami sembahyang. Akibat dendam, balas dengan sihir. 

Berhati-hatilah. Sesungguhnya manusia ini ada berhati jahat. Mereka tak kira dosa atau pahala asal dapat membalas dendam dan hasad dengki. Minta jauh dari pengamal sihir ini syirik dan juga khurafat. Amalannya tidak diterima Allah SWT. 

Ni ustaz tengah bercakap dengan jin di dalam badan. Nak tahu jin jenis apa dan nama apa. Ada empat jin semuanya, mereka bergabung. 

Jangan main-main dengan azan di telinga. Jika ada gangguan sihir dan jin dalam badan, maka mereka akan melawan. Pantang mereka denga azan dan juga bau kasturi hitam. Perempuan ini diazankan oleh suami dan saudaranya disebabkan jin Hindu dihantar tok sami buddha tak nak keluar. 





Penyihir itu dah lama buat, hampir 10 tahun dia buat dan juga mangsa sudah berkahwin. Begitu juga dengan si pelaku berkenaan. 

Sihir merupakan amalan yang dilarang dalam agama Islam kerana perbuatan itu bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Perbuatan sihir dapat merosakkan aqidah umat Islam kerana sihir adalah satu perbuatan hasad dengki yang bermula dari hati. 

Perbuatan sihir juga melibatkan bantuan jin di mana seseorang akan meminta pertolongan dan bergantung kepada jin dan syaitan untuk mendapatkan sesuatu. Justeru, perbuatan ini telah mengakibatkan seseorang tidak yakin dan percaya bahawa Allah SWT adalah tempat manusia meminta, bergantung dan berharap. 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.