Video: Arsenal Pakai Saka Dan Membantu Mereka Elakkan Kekalahan

Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Standard Liege 2-2.

Arsenal menggunakan Bukayo Saka di barisan serangan dalam aksi Europa kumpulan F.

Arsenal berjaya menempatkan diri dalam saingan 32 pasukan terkahir untuk Europa League sebagai pemenang kumpulan.

Standard Liege memerlukan kemenangan 5-0 untuk menyingkirkan Arsenal daripada mara ke pusingan seterusnya

Namun ianya tugas nampak sukar apabila separuh masa pertama kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Masuk separuh masa kedua, Samuel Bastien terus meletakkan tuan rumah di hadapan apabila percubaannya terbias pada Sokratis.

Gol tersebut menaikkan semangan pasukan Standard Liege. Dan mereka menambah gol kedua menerusi Selim Amallah, yang sepakan beliau turut terbias pada pertahanan Arsenal, Konstantinos Mavropanos.

Arsenal kemdian merapatkan jurang menerusi Alexandre Lacazette yang seakan-akan mengesahkan kemaraan Arsenal.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit lagi, Bukayo Saka, melakukan aksi berpasukan kemas, dan melakukan rembatan lencong menjunam mengatasi penjaga gol lawan.

Saka terus cemerlang beraksi untuk The Gunners musim ini.

Bukayo Saka berjaya mengelakkan Arsenal daripada kekalahan selepas kemenangan mereka sebelum ini.

Perlawanan tamat 2-2. Dan Arsenal menjadi juara kumpulan F.

Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Source link
Video: Arsenal Pakai Saka Dan Membantu Mereka Elakkan Kekalahan

Add a Comment

Your email address will not be published.