VIDEO: Bantuan Gol Wayne Rooney Di Tahun Baru Ceriakan Derby County

Wayne Rooney secara rasmi diumumkan sebagai jurulatih-pemain di Derby County sejak Ogos lalu. Namun bekas kapten England itu terpaksa menunggu sehingga perlawanan pertama selepas tahun baru untuk debut pertamanya.

Pengurus pasukan, Philip Cocu pada mulanya agak berahsia sama ada Rooney akan diturunkan untuk perlawanan menentang Barnsley.

Namun menjelang sepak mula, pemain berusia 34 tahun itu berada di dalam kesebelasan utama dengan peranan sebagai kapten pasukan di bahagian tengah.

Malah Rooney, yang menggunakan jersi No.32 beraksi sepanjang tempoh 90 minit dan membuktikan beliau masih mampu beraksi dengan baik.

Dalam perlawanan tersebut, Rooney turut menghasilkan satu bantuan gol dari sepakan percuma untuk jaringan pembukaan Derby County melalui Jack Marriot.

Dalam perlawanan tersebut, Derby menang 2-1 ke atas Barnsley.

Walaupun baru beraksi dalam satu perlawanan, Rooney sudah membuktikan dirinya berada di dalam kelas tersendiri apabila melakukan 27 hantaran tepat – terbanyak musim ini untuk Derby.

Rooney, berusia 33 tahun pernah bersama Everton dan Manchester United. Beliau pernah memenangi pelbagai trofi bersama Manchester United.

Rooney merupakan pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) lima kali dan turut menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala FA dan tiga Piala Liga sepanjang 13 tahun bersama Manchester United.

Saksikan rangkuman aksi Wayne Rooney bersama Derby melalui pautan video di atas.

 

Source link
VIDEO: Bantuan Gol Wayne Rooney Di Tahun Baru Ceriakan Derby County

Add a Comment

Your email address will not be published.