VIDEO: Bruno Ceria Jalani Latihan Pertama Bersama Man Utd

Pemain baharu Manchester United, Bruno Fernandes kelihatan ceria ketika menjalani latihan buat kali pertama bersama rakan sepasukan barumya.

Manchester United dilaporkan menawarkan £47 juta sebagai bayaran asas – dengan klausa bonus ditambah dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan untuk mendapatkan pemain tengah dari Portugal itu.

Selain itu, sejumlah  £4.23 juta lagi adalah bayaran berbentuk bonus untuk kejayaan membantu Man United layak ke UCL.

Ketika ditemubual oleh media kelab, Bruno Fernandes mendedahkan dirinya adalah penyokong Manchester United sejak era Cristiano Ronaldo.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu turut mezahirkan kegembiraanya selepas akhirnya melengkapkan perpindahan ke Old Trafford selepas berbulan-bulan spekulasi.

Seperti Ronaldo, Fernandes turut berhijrah menyertai United daripada Sporting Lisbon.

Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun setengah dengan pilihan tambahan setahun.

“Bermain untuk Manchester United sentiasa memberi perasaan yang menakjubkan,” kata Fernandes selepas melengkapkan perpindahan tersebut.

Ketibaan pemain tengah itu di Old Trafford dianggap sebagai penambahbaikan yang amat berkualiti oleh pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer.

Selain daripada kualiti, ketibaan Fernandes turut melegakan Solskjaer berikutan kecederaan beberapa pemain utama lain seperti Scott McTominay dan Paul Pogba di posisi tersebut.

“Saya mulai jatuh hati dengan Manchester United sejak saya menyaksikan Cristiano Ronaldo beraksi [di sini], dan selepas itu saya adalah penyokong setia kepada kelab hebat ini,” tambah Fernandes.

“Saya telah bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.

Dan saya berjanji kepada semua penyokong akan memberikan segala apa yang saya ada demi lencana ini untuk membawa pulang lebih banyak kejayaan dan trofi,” tekad beliau lagi.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak Sporting Lisbon untuk segalah perkara yang mereka telah lakukan untuk saya.

Source link
VIDEO: Bruno Ceria Jalani Latihan Pertama Bersama Man Utd

Add a Comment

Your email address will not be published.