VIDEO: Finalis Piala Dunia, England Dimalukan Perancis Di Kejohanan Enam Negara

Finalis Piala Dunia, England tewas kepada skuad serba baharu Perancis di Kejohanan Enam Negara.

Jurulatih Eddie Jones sebelum ini berkata akan menurunkan pemain yang menjanjikan saingan fizikal secara habis-habisan terhadap skuad Perancis, yang memiliki 10 caps terkumpul di kalangan pemainya.

Tetapi perkara sebaliknya telah berlaku apabila Perancis merobek ego England dalam perlawnan yang boleh dianggap berat sebelah pada babak pertama saingan.

Try daripada Vincent Rattez dan kapten pasukan Charles Ollivon dan penalti Romain Ntamack memberikan pendahulan selesa kepada Perancis.

Kemudian Ollibion melakukan try kedua untuk melebarkan kedudukan kepada 24, diikuti oleh dua percubaan solo dari Jonny May memberikan sedikit harapan kepada England.

Namun selepas itu England hanya mampu menambah mata melalui penalti yang diambil oleh Owen Farrel.

Harapan England untuk Grand Slam kedua dalam tempoh 17 tahun di kejohanan ini tampak seperti dirabak dengan kekalahan kepada Perancis.

Pasukan Perancis turut menampilkan pertahanan yang utuh sepanjang perlawanan dibentuk oleh pembantu jurulatih berbangsa Inggeris sendiri, Shaun Edwards.

Jones sebelum ini pernah berkata Englangd mahu menjadi pasukan terhebat di dalam sejarah sukan rugbi.

Tetapi sepanjang perlawanan pembukaan kejohanan enam negara ini, England hanyalah pasukan kedua terbaik kepada skuad Fabien Galthie yang kini berbangga dengan generasi baru bakat dari Gallic.

 

 

Source link
VIDEO: Finalis Piala Dunia, England Dimalukan Perancis Di Kejohanan Enam Negara

Add a Comment

Your email address will not be published.