VIDEO: Freekick ‘Masterclass’ Wayne Rooney Bantu Derby Belasah Stoke

Wayne Rooney melencongkan bola dari sepakan percuma untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

Bagaikan nostalgia yang disingkap kembali, sepakan percuma bekas kapten England itu adalah satu ‘masterclass’ yang mengigatkan kita kialiti pemain ini satu masa dulu.

Dominasi Derby dalam perlawanan tersebut turut menamatkan rentetan kemenangan Stoke di Championship.

Rooney yang mengambil sepakan percuma dari jarak 20 meter menghantar bola ke arah penjuru kiri Jack Butland, untuk gol ketiga The Ram pada babak kedua perlawanan.

Gol hasil tandukan Martyn Waghorn dan rembatan deras Chris Martin memberikan Derby pendahuluan selesa di perlawanan ini.

Gol keempat perlawanan pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Jayden Bogle.

Kemenangan menyaksikan Derby melonjak ke kedudukan ke-13, manakala Stoke kekal di tangga ke-20 selepas mengharungi empat perlawanan tanpa kalah sebelum ini.

Belum ada pasukan di Championship yang mengumpul mata sebaik Derby di gelanggang sendiri pada musim ini – 21 mata dari 16 perlawanan.

Tetapi ia juga malam yang istimewa baut Rooney untuk membuktikan kualiti yang masih dimilikinya.

Kehadiran dan penglibatan beliau dalam semua baki tiga gol Derby juga amat nyata dalam perlawanan ini.

Jaringan Rooney bukan satu-satunya yang mencuri tumpuan dalam perlawanan ini.

Gol jaringan Bogle yang melakukan larian ke atas, sebelum melepaskan rembatan roket menewaskan Butland turut sama mengujakan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan.

Derby atau dikenali sebagai The Rams memberikan jawatan selaku jurulatih merangkap pemain kepada Rooney. Mantan kapten England itu pernah mengakui ingin menjadi jurulatih pada masa hadapan.

Sebelum ini banyak kesangsian dan kritikan dilemparkan kepada beliau selama ini.

Wayne Rooney membuktikan dirinya masih mampu beraksi dengan baik, walaupun dalam saingan bola sepak pada tahap yang berbeza.

Rooney adalah salah seorang bakat istimewa yang England pernah lahirkan. Sekarang tiba untuk Rooney menikmati aksi beliau bersama Derby selepas kembali merantau di Amerika Syarikat.

Usah dahulu kita berbicara mengenai persaraan Wayne Rooney buat masa ini.

Beliau ibarat ‘Si Pele Putih’ yang membelah Atlantik, pulang dari Amerika Syarikat, untuk kembali mencuri tumpuan di bola sepak Inggeris.

Biarkan Rooney terus memukau. Manakala dunia bola sepak, baik kawan atau lawan terus menikmati aksi beliau.

Source link
VIDEO: Freekick ‘Masterclass’ Wayne Rooney Bantu Derby Belasah Stoke

Add a Comment

Your email address will not be published.