VIDEO: Gandingan Duo Brazil Ini Mungkin Sebab Klopp Mahukan Coutinho Kembali

Media di UK berkata Jurgen Klopp memberikan harapan kepada Phillipe Coutinho untuk kembali semula ke Anfield – menurut laporan media Sepanyol, AS.

Menariknya, Coutinho dikatakan berada dalam senarai pemain untuk dibeli oleh Liverpool pada jendela perpindahan akan datang.

Prosedur biasa dilakukan oleh pengurus untuk persiapan musim akan datang.

Mereka akan menyenaraikan beberapa nama pemain (sasaran) dan mereka akan berbincang dengan pengarah sukan untuk langkah seterusnya.

Tidak semua nama itu akan dibeli ataupun dibida. Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi dan perlu diambil kira. Ini termasuk jika pasukan atau pemain tersebut tidak mahukan perpindahan tersebut.

Walaupun Coutinho berada dalam senarai Jurgen Klopp, tetapi pemain ini bukan dalam senarai sasaran utama. Beliau berada dalam senarai pertimbangan, ataupun pelan B Liverpool untuk musim hadapan.

Coutinho dikatakan ‘back up’ untuk pemain seperti Adam Lallana dan Xherdan Shaqiri yang berkemungkinan besar akan meninggalkan Anfield selepas tamat saingan musim ini.

Kedua-dua pemain tersebut masih belum melanjutkan kontrak mereka di Anfield. Kemungkinan besar mereka akan keluar dari Anfield kerana mahukan lebih minit bermain.

Firmino & Coutinho, duo dari Brazil

Rentak Brazil dipersembahkan oleh Roberto Firmino dan juga Philippe Coutinho menyimpulkan Liverpool bukan sebarangan lawan jika kedua-dua pemain ini berada pada tahap aksi terbaik.

Berikut adalah perlawanan diantara Brighton vs Liverpool pada 2 Disember 2017. Perlawanan ini menampilkan bagaimana gandingan kedua-dua pemain menghasilkan ‘percikan’ kreativiti dalam permainan Liverpool.

Selepas tandukan Emre Can memberi gol pendahuluan selepas 30 minit perlawanan berlangsung, Firmino menyudahkan dua serangan balas pantas pada setiap babak permainan.

Brighton cuba bangkit selepas pengadil perlawanan Graham Scott menganugerahkan sepakan penalti untuk membenarkan Glenn Murray merapatkan kedudukan kepada 1-3.

Namun demikian Coutinho menyimpulkan persembahan menakjubkan Liverpool dalam perlawanan ini dengan satu jaringan bijak daripada sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk memberikan kelebihan tiga gol kembali kepada Liverpool.

Kejayaan Liverpool turut dilengkapkan sendiri oleh Coutinho dengan bantuan pemain pertahanan lawan, Lewis Dunk.

Liverpool telah membuktikan mereka boleh beraksi dan menang tanpa kehadiran Coutinho pada musim-musim sebelum ini. Tetapi bayangkan juga jika Liverpool kembali diperkuatkan dengan Coutinho pada musim akan datang.

Source link
VIDEO: Gandingan Duo Brazil Ini Mungkin Sebab Klopp Mahukan Coutinho Kembali

Add a Comment

Your email address will not be published.