VIDEO: Gary Neville Tumbuk Meja Di Anfield Kerana Geram Martial Persia Peluang Keemasan

Mungkinkah pihak Premier League sudah boleh menghias trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan nama Liverpool?

Buat masa ini, ia tampak demikian. Sehingga kini, belum ada pasukan yang mampu menewaskan Liverpool.

Sepanjang musim ini, Liverpool hanya tercicir mata sekali ketika bertandang ke Old Trafford.

Namun jaringan Virgil van Dijk dan Mohamed Salah dalam pertemuan kedua di Anfield pada awal pagi tadi memastikan ianya tidak berulang lagi.

Dalam perlawanan tersebut, jaringan pertama Liverpool tiba selepas 14 minit, namun skuad kendalian Jurgen Klopp terpaksa menunggu sehingga tiga minit dalam masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan selesa.

Sebelum jaringan oleh Salah, ini bermakna Manchester United masih berpeluang mencuri sekurang-kurangnya satu mata.

Tetapi jangan naif. Walaupun jika United berjaya bangkit dalam perlawanan ini, Ole Gunnar Solskjaer masih mempunyai banyak kerja harus dilakukan untuk memperbaiki pasukan ini.

Bukan itu yang kita mahu bicarakan sekarang. Perkara itu akan dibincangkan dalam artikel akan datang.

Tetapi kali ini kita mahu melihat bagaimana Anthony Martial boleh terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan buat United.

Tatkala peluang sudah terbuka, percubaan pemain dari Perancis itu melambung tinggi.

Manchester United beraksi tanpa penyerang utama, Marcus Rashford dan pemain tengah Paul Pogba serta Scott McTominay.

Ini bermakna  Martial harus mengambil lebih tanggungjawab untuk tampil sebagai penyerang utama di dalam pasukan.

Jika perlawanan ini yang mahu dijadikan ukuran, maka Martial bolehlah dianggap gagal.

Kegagalan Martial menyempurnakan peluang tersebut membuatkan ramai penyokong United kecewa – sudah tentu juga membuatkan ramai penyokong Liverpool lega.

Tidak terkecuali adalah Gary Neville yang membuat ulasan secara langsung dari Anfield.

Bekas pemain bek kanan Manchester United ini dilihat menumbuk meja kerana kegeraman, tatkala rakan pengulas, Jamie Carragher kelihatan lega kerana jaringan itu tidak masuk.

Dalam perlawanan derbi, adakalanya perlawanan tersebut akan ditentukan oleh detik-detik tertentu.

Satu jaringan misalnya boleh mengubah arus dan momentum perlawanan.

Sukar untuk membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Martial berjaya menyempurnakan peluang tersebut. Namun tiada juga gunanya mengenang ia kembali.

Untuk ulasan yang lebih adil, Martial bukan satu-satunya yang gagal memanfaatkan peluang terhidang dalam perlawanan ini.

Andreas Perreira turut mengecewakan apabila gagal menolak masuk hantaran Aaron Wan Bissaka pada babak pertama perlawanan.

Buat masa sekarang, ayuh raikan kejayaan dan pencapaian Liverpool pada musim ini. Ia sudah semakin jelas 30 tahun penantian itu bakal akan berakhir.

 

Source link
VIDEO: Gary Neville Tumbuk Meja Di Anfield Kerana Geram Martial Persia Peluang Keemasan

Add a Comment

Your email address will not be published.