VIDEO: Gol Aimar Lawan England & Pahang, Gamit Memori No.10 Terbaik Pernah Disaksikan

Liga Malaysia pernah menyaksikan beberapa nama besar mewarnai kancah saingan tempatan.

Antaranya adalah El Hadji Diouf, Bosko Balaban, Joel Epalle, Emile Mboh Mboh, dan mungkin yang paling terpahat di dalam ingatan peminat bola sepak tempatan, Pablo Aimar.

Pablo Aimar adalah ekas pemain Valencia dan Benfica yang juga lagenda Argentina.

Beliau yang pernah beraksi bersama JDT selama semusim pada 2014 dianggap sebagai salah sorang pemain import berprofil tinggi yang pernah mewarnai kancah saingan Liga Malaysia.

Masihkah anda ingat jaringan oleh Aimar ketika bersama Argentina menentang England di Larkin pada 1997?

Malah tidak keterlaluan jika kita mahu melabelkan Pablo Aimar sebagai pemain No.10 terbaik yang pernah Liga Malaysia saksikan.

Ini berdasarkan kebolehan beliau menghidu ruang di antara barisan pertahanan lawan yang padat untuk mencipta jaringan atau menghasilkan peluang buat rakan sepasukan menghasilkan gol.

Kemampuan yang dimilikinya menjadikan Aimar dijadikan idola oleh bintang Barcelona iaitu Lionel Messi.

Kehadiran Aimar nyata memberikan impak kepada Liga Malaysia dari segi permainan beliau di atas padang dan juga nilai komersil Liga Malaysia itu sendiri.

Walaupun jodoh beliau dengan JDT tidak panjang, namun beliau akan diingati sebagai salah seorang pemain import berprofil tinggi yang pernah beraksi di Liga Malaysia.

Gol jaringan Pablo Aimar pada 2014 di saingan Liga Super menentang Pahang ini misalnya adalah salah satu gol tercantik — dihasilkan disempurnakan dengan kebijaksanaan dan teknik yang baik.

Bermula dari gerakan di sebelah kanan serangan, satu hantaran ‘cut back’ oleh Amri Yahyah disambut dengan tenang dengan rembatan yang menuju ke penjuru kanan gawang pasukan Pahang pada ketika itu.

Mengimbau kembali perlawanan tersebut, ia dianggap sebagai salah satu perlawanan klasik Liga Super pada hari ini. Pahang juga bukan lawan calang-calang pada ketika itu.

GOAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL46′ PABLO CESAR AIMARHT PAHANG 1 – 1 JDT

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 7 February 2014

Pertembungan R. Gopinathan dan Mahali Jasuli di sisi sebelah kanan; Azidan Sarudin dan Pablo Aimar di jentera tengah; Azamudin Akil dan Shakir Shaari; dan kehadiran penyerang bermutu tinggi seperti Matias Conti menjadikan perlawanan ini ibarat El Clasico Liga Malaysia pada era tersebut.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur ini, Hafiz Kamal tampil sebagai wira Tok Gajah dengan jaringan kemenangan di masa kecederaan.

Pahang mengatasi JDT dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan ini.

Walau apapun keputusan perlawanan pada ketika itu, Aimar tetap dikenang sebagai antara pemain import terbaik yang pernah mewarnai kancah saingan Liga Malaysia.

Source link
VIDEO: Gol Aimar Lawan England & Pahang, Gamit Memori No.10 Terbaik Pernah Disaksikan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *