Video: Gol Pertama Harry Maguire Untuk Man Utd, Gerakan Ibarat Seorang Playmaker

Manchester United jelas tidak memberi muka kepada kelab League Two, Tranmere Rovers dalam aksi pusingan keempat Piala FA pada malam tadi.

Tidak mengambil mudah perlawanan yang dianggap mencabar kerana permukaan padang yang sukar, Ole Gunnar Solskjaer menurunkan kesebelasan terbaiknya saingan Tranmere.

Tranmere Rovers mungkin dianggap sebagai kelab kecil di Merseyside. Namun keupayaan mereka mengejutkan Watford di pusingan ketiga membuatkan Solskjaer menuntut lebih fokus dari barisan pemainnya.

Babak pertama perlawanan didominasi penuh oleh Manchester United yang berjaya menghasilkan lima gol.

Kapten pasukan, Harry Maguire membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 perlawanan.

Menariknya, Maguire mengeksploitasi kawalan lemah Maguire di kawasan half space, sebelum melepaskan rembatan lencong kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol Tranmere.

Gerakan sebegitu bukan satu-satunya yang dilakukan oleh Maguire dan membuahkan hasil dalam perlawanan ini.

Selepas jaringan oleh Diago Dalot pada minit ke-13 perlawanan, Maguire melakukan gerakan yang identikan dengan jaringan pertamanya.

Bezanya kali ini, bola dihantar kepada Jesse Lingard sebelum disempurnakan oleh pemain itu untuk United selesa mendahului 3-0.

Tiga lagi jaringan oleh United dihasilkan oleh Phil Jones, Anthony Martial dan penyerang muda sedang meningkat naik, Mason Greenwood.

Walaupun United  menang besar dan membunuh perlawanan seawal 20 minit pertama lagi, penyokong Man United yang bertandang ke gelanggang lawan itu tetap melancarkan protes.

Seramai 2,000 penyokong Manchester United berkunjung ke Prenton Park – gelanggang skuad wanita Liverpool – dan mereka dengan vokal melakukan protes ke atas keluarga Glazer dan Ed Woodward.

Penyokong United menyanyikan beberapa lagu protes yang berbunyi “We’re Man Utd, we’ll sing what we want [Kami adalah Man United, kami akan nyanyikan apa sahaja kami mahu].”

Penyokong Manchester United meluahkan rasa kecewa mereka terhadap keluarga Glazer yang tidak melabur lebih banyak dalam pasukan bagi menguatkan lagi Manchester United.

Pada jendela perpindahan Januari ini misalnya, Manchester United sudah terlepas peluang memiliki Erling Braut Haaland.

Manakala perpindahan Bruno Hernandes kelihatan masih jauh tatkala jendela perpindaan Januari ini bakal ditutup beberapa hari lagi.

 

 

Source link
Video: Gol Pertama Harry Maguire Untuk Man Utd, Gerakan Ibarat Seorang Playmaker

Add a Comment

Your email address will not be published.