VIDEO: Gol Roket Matic Gagal Bantu Man Utd Ke Final Piala Carabao

Nemanja Matic menjaringkan satu gol rembatan kaki kiri menarik pada separuh masa pertama untuk menghidupkan peluang Manchester United ke perlawanan akhir Piala Carabao musim ini pada babak pertama perlawanan.

Pemain itu bagaimanapun menerima arahan keluar padang dari pengadil perlawanan pada babak kedua perlawanan selepas menerima layangan kad kuning kedua dalam perlawanan ini.

Manchester United menuju ke Etihad untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Carabao.

Tewas 3-1 di Old Trafford sebelum ini, pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer sedar pasukan kendaliannya perlu menampilkan aksi terbaik untuk layak ke perlawanan akhir.

Manchester United sudah pun tanpa tiga tonggak utama dalam perlawanan ini.

Khidmat Paul Pogba, Scott McTominay dan Marcus Rashford pastinya kehilangan besar buat skuad The Red Devils dalam perlawanan perseteruan sebegini.

Walaupun menang, keseluruhan perlawanan sebenarnya mengisahkan sisi berbeza mengenai kualiti kedua-dua pasukan Manchester ini.

City yang merupakan juara bertahan pertandingan, mengasak dari awal untuk mencari gol yang boleh mematikan langsung langkah United.

Namun ianya United yang berjaya menyeimbangkan jaringan apabila Matic berjaya menjaringkan gol pada minit ke-35 perlawanan.

Ia adalah percubaan pertama Manchester United dalam perlawanan ini.

Sehingga jaringan tersebut hadir, United gagal mencipta sebarang peluang daripada permainan terbuka.

Namun kegagalan pertahanan City membaca kemas set-pieces yag dimulakan Fred dihukum oleh bekas pemain Chelsea itu dengan rembatan deras dari dalam kotak penalti.

City cuba memberikan respon selepas ketinggalan. David de Gea yang berjaya menafikan Sergio Aguero dan Riyad Mahrez pada permulaan perlawanan, akhirnya teras kepada jaringan Raheem Sterling.

Gol tersebut bagaimanapun dibatalkan selepas pemain itu dipersalahkan kerana offside.

Kedudukan 1-0 membuatkan penyokong tuan rumah di Etihad tidak senang duduk pada rehat separuh masa. United memiliki beberapa peluang selepas itu.

Tandukan kapten pasukan, Harry Maguire tinggi, tatkala percubaan rendah Anthony Martial diselamatkan oleh Bravo.

Pasukan tuan rumah turut melepaskan deretan peluang untuk menghasilkan jaringan. Sterling yang berjaya melepaskan diri dari kawalan pemain United merembat tinggi peluang yang ada.

David Silva yang sepatutnya boleh menyudahkan peluang yang beliau miliki sebaliknya menghantar kepada Ilkay Gundogan.

Hanya selepas Matic dilayankan kad kuning kedua ketika perlawanan berbaki 14 minit, barulah debaran di Etihad mulai reda.

“Selama 180 minit kami adalah pasukan yang lebih baik dari United,” kata Guardiola.

“Kami mencipta peluang untu menjaringkan banyak gol, tetapi tidak memanfaatkannya. Kami harus menjadi lebih klinikal.

“Kami beraksi menentang sebuah pasukan yang fizikal. Gol mereka dihasilkan dari set-piece. Ia percubaan tepat pertama mereka.

“Dalam dua perlawanan, kami adalah pasukan yang lebih baik.”

 

 

Source link
VIDEO: Gol Roket Matic Gagal Bantu Man Utd Ke Final Piala Carabao

Add a Comment

Your email address will not be published.