Video: Hari Dimana Kipre Menjadi Putih Dibaling Tepung Sempena Hari Kelahiran

Pasukan Kedah FA adalah antara pasukan yang paling rancak melakukan persiapan menjelang kempen musim 2020. Selain daripada aksi domestik di Liga Malaysia, Kedah turut akan bertanding di pertandingan AFC Champions League buat kali pertama bersama-sama JDT pada musim hadapan.

Berbeza dengan JDT yang akan terus ke peringkat kumpulan, Kedah FA harus berhadapan pusingan kelayakan dan play-off terlebih dahulu.

Kedah FA dijadualkan berhadapan Tai Po Wofoo dari Hong Kong pada pusingan kedua kelayakan ACL 2020 pada 21 Januari hadapan di Stadium Darul Aman.

Sekiranya berjaya menewaskan wakil dari Hong Kong itu, lawan yang lebih besar bakal menunggu di pusingan play-off iaitu FC Seoul.

Kedah dijadualkan akan beraksi di Korea Selatan pada 28 Januari sekiranya berjaya melepasi pusingan kedua kelayakan.

Setakat ini Kedah FA di bawah kendalian Ketua Jurulatih Aidil Shahrin boleh dikatakan telah melakukan persediaan yang amat rapi.

Kuota pemain import turut telah dilengkapkan. Kpah Sherman, Tchetche Kipre, dan Amin Nazari adalah pemain import baharu yang tiba menguatkan skuad Lang Merah untuk musim akan datang bersama-sama Shakir Hamzah dan Renan Alves yang dikekalkan.

Antara kekuatan pasukan Kedah selama ini di Liga Malaysia sehingga mampu kekal konsisten adalah hubungan baik di kalangan pemain dan staff kejurulatihan pasukan itu.

Walaupun adakalanya gurauan sesama pemain tampak ‘nakal dan kasar’, suasana harmoni di dalam pasukan nyata berjaya mewujudkan persefahaman baik di kalangan pemain.

Terbaru ialah mengenai perkongsian sambutan hari jadi pemain import, Tchetche Kipre yang berhijrah dari Terengganu FC. Ini pasti pengalaman pertama beliau bersama rakan-rakan baharu di Kedah dalam menyambut hari jadi.

Mungkin beliau tidak sedar akan rutin setiap kali sambutan harijadi, akan ada sahaja rakan-rakan sepasukan yang nakal akan mengenakan beliau dengan pelbagai perkara.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Kedah FA baru-baru ini, Kipre menjadi mangsa balingan tepung oleh rakan sepasukan yang lain.

Kesian member dah terus jadi pemain import dari Eropah selepas bertukar menjadi serba putih setelah menjadi mangsa balingan tepung.

Nakal hampa noh! Kahkahkah!!!

Source link
Video: Hari Dimana Kipre Menjadi Putih Dibaling Tepung Sempena Hari Kelahiran

Add a Comment

Your email address will not be published.