Video: Imbas Kembali Detik Ato Boldon Menang Emas Komanwel – KL 1998

Bagi anda yang mengikuti Sukan Komanwel 1998 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, nama Ato Boldon bukanlah asing.

Beliau merupakan pemenang acara lari pecut 100 meter.  Boldon telah memenangi emas pertama dalam acara sebesar Komanwel dalam kariernya.

Ato Boldon, atlet dari Trinidad & Tobago ketika itu berusia 24 tahun. Beliau berjaya menewaskan beberapa pelumba pilihan yang lain.

Beliau hanya berketinggian 5 kaki 9 inci menewaskan pencabar seperti pemenang 4 pingat perak dalam Olimpik yang menjadi peserta pilihan utama iaitu Frankie Fredericks.

Seterusnya, seorang lagi pesaing utama dalam acara itu adalah pelari yang ketika itu baru menjuarai Piala Dunia dari Barbados, Obadeleh Thompson.

Boldon memastikan emas miliknya dengan pecutan yang merekodkan catata 9.88 saat.

Fredericks di tempat kedua dengan 9.96 saat. Dan Obadeleh Thompson menewaskan bakat muda Australia, Matthew Shirvington untuk gangsa dengan catatan 10.00 saat.

Jom imbas kembali detik itu. Kot kot korang pun ada sekali dalam stadium nasional Bukit Jalil yang baru siap ketika itu.

Ianya memang larian yang sempurna, termasuk ketika permulaan di mana Boldon melonjakkan momentumnya pada masa terbaik.

Yang pasti wajah ikonik Ato Boldon dengan cermin mata gelapnya akan sentiasa kita ingati.

Source link
Video: Imbas Kembali Detik Ato Boldon Menang Emas Komanwel – KL 1998

Add a Comment

Your email address will not be published.