VIDEO: Ini Bukti Trent Alexander-Arnold Boleh Bersaing Dengan Midfielder Terbaik Di EPL

Trent Alexander-Arnold berada pada tahap terbaik ketika membantu Liverpool menang 2-0 Wolverhampton Wanderers.

Tatkala rakan bek sayap di sebelah kanan, Andrew Robertson melalui malam yang sukar berhadapan dengan Adama Traore, Alexander-Arnold hanya memerlukan 10 minit untuk mencipta satu lagi gol untuk The Reds.

Sebagaimana beliau melakukan hantaran untuk disudahkan oleh Virgil van Dijk ketika bertemu Manchester United, Alexander-Arnold sekali lagi dari sepakan percuma berjaya menemui Jordan Henderson untuk Liverpool berada di hadapan.

Raul Jimenez memadam kelebihan tersebut juga melalui tandukan, sebelum Roberto Firmino memastikan rentak kemenangan berterusan untuk Liberpool.

Di sebalik aksi Traore untuk Wolves, dan jaringan Firmino yang dianggap hero, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang ramai bercakap mengenai Alexander-Arnold.

Statistik Alexander-Arnold

Alexander-Arnold adalah pemain ke-13 merekodkan penglibatan dengan dua angka dari kem Liverpool dalam tempoh semusim.

Ia juga menjadikan pemain pertama dari kelab Merseyside itu berbuat demikian untuk dua musim berturut-turut.

Rekod tersebut sebenarnya sudah cukup mengkagumkan kerana Alenander-Arnold sudah pun berjaya menghasilkan bantuan gol lebih banyak dari Jesse Lingard pernah lakukan sepanjang karier beliau.

Ada fakta lagi menarik sebenarnya. Alexander-Arnold kini hanya perlu melakukan 32 lagi bantuan gol dari 421 perlawanan EPL untuk menyamai rekod Paul Scholes!

Mustahil? Apa yang mustahil buat Liverpool dan Alexander-Arnold pada hari ini?

Kompilasi hantaran Alexander-Arnold

Hakikatnya kreativiti Alexander Arnold pada musim ni amay mengkagumkan sehingga ramai yang tertanya-tanya jika beliau mampu beraksi di posisi tengah pada masa hadapan.

Ada juga di kalangan peminat yang sudah pun melabel Alexander-Arnold seperti Kevin De Bruyne untuk posisi bek sayap.

Topik ini sudah pun ditimbulkan oleh pengguna di You Tube. Siapa tahu, apa yang Alexander-Arnold pada hari ini adalah perkara yang lebih hebat dari apa yang Steven Gerrard pernah lakukan.

 

Source link
VIDEO: Ini Bukti Trent Alexander-Arnold Boleh Bersaing Dengan Midfielder Terbaik Di EPL

Add a Comment

Your email address will not be published.