VIDEO: Insiden Memphis Depay & Rakan Sepasukan Berkonfrontasi Dengan Ultras Lyon

Pemain-pemain Lyon sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati UEFA Champions League selepas berjaya mengikat RB Leipzig 2-2 sebelum insiden melibatkan penyokong menukar suasana keraian.

Memphis Depay melihat seorang penyokong Lyon memasuki padang memaparkan kain rentang dengan gambar keldai untuk mengkritik rakan sepasukan Marcelo.

Penyokong tersebut adalah dari kumpulan garis keras (kononnya) yang dikenali sebagai ‘Bad Gones’. Bad Gones adalah kumpulan Ultras Lyon.

Depay yang dinamakan kapten oleh Rudi Garcia nyata tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong tersebut, lantas meluru untuk merampas kain rentang tersebut.

Tindakan Depay menyebabkan sejumlah penyokong dari Bad Gones turut cuba melakukan konfrontasi. Depay tidak keseorangan dalam insiden tersebut apabila rakan sepasukan yang lain turut tampil membantu.

Marcelo sebelum ini mempunyai sejarah bersama kumpulan ultras Lyon.

Ultras Lyon menuduh pemain Brazil itu tidak profesional. Insiden tersebut memaksa pegawai keselamatan meleraikan kumpulan ultras dan pemain Lyon untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

 

Source link
VIDEO: Insiden Memphis Depay & Rakan Sepasukan Berkonfrontasi Dengan Ultras Lyon

Add a Comment

Your email address will not be published.