VIDEO: Inspirasi Rekaan Oleh Klopp & Kapten Hendo, Pusat Latihan Kirby Bakal Ganti Melwood

Liverpool kini sedang giat membangungkan pusat latihan baharu di Kirkby, untuk menggantikan pusat latihan Melwood yang digunakan pada har ini.

Penulis The Athletic, James Pearce berkata rekaan kompleks bernilai £50 juta itu turut mendapat insiprasi dan input terus dari pengurus Jurgen Klopp, dan kapten pasukan, Jordan Henderson.

Pembinaan kompleks latihan yang baharu ini adalah sebahagian daripada pelan jangka masa panjang Liverpool untuk skuad utama berada lebih dekat denga akademi.

Players will be able to have a dip in a swimming pool

Ini adalah kali pertama skuad senior Liverpool berkongsi kompleks dan kemudahan latihan dengan skuad muda di dalam sejarah kelab tersebut.

Berkeluasan 9,200 meter persegi, kompleks latihan ini akan memiliki Pusat Latihan Elit untuk pasukan pertama, dan kemudahan berkelas dunia untuk pemain akademi.

This is how the gym in Kirkby will look
This is what the changing room for the players will look like

Beberapa padang latihan, dua gimm sebiah dewan besar, kolam mandi dan pusat pemulihan pakar akan disediakan untuk skuad utama dan pembangunan.

Untuk memudahkan media melakukan liputan, sebuag studio televisyen dan bilik sidang media turut ditempatkan di pusat latihan tersebut.

Kontraktor yang melaksanakan kontrak tersebut, McLaughlin dan Harvey memulakan tugas pembinaan kompleks latihan ini pada 2018. Semua kerja pembinaan dijangka siap pada musim panas ini.

 

Source link
VIDEO: Inspirasi Rekaan Oleh Klopp & Kapten Hendo, Pusat Latihan Kirby Bakal Ganti Melwood

Add a Comment

Your email address will not be published.