VIDEO: Juara Dunia Alami Kemalangan Ngeri Di Rali Monte Carlo

Juara dunia Ott Tanak terpaksa bersara dari Rali Monte Carlo selepas jentera Hundai dinaikinya terbalik beberapa kali pada kelajuan tinggi pada Jumaat.

Beliau dan pembantu pemandu kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Melalui satu kenyataan, Hyundai berkata pelumba dari Estonia dan pembantu beliau, Martin Jarveoja, masih mampu untuk keluar dari kenderaan yang ranap sama sekali itu.

Insiden berlaku di kawasan 9.2 km pergunungan Alps, dari jarak 20.68 km yang digunakan untuk pusingan keempat perlumbaan.

“Kedua-dua mereka akan ditempatkan di hospital semalaman sebagai langkah berjaga-jaga dan pemerhatian. Kedua-duanya tidak akan meneruskan perlumbaan di Rali Monte Carlo,” ujar kenyataan tersebut.

Rakaman kamera menunjukkan jentera Hyundai yang dipandu Tanak terbabas ke sisi jalan sebelum berlipat beberapa kali merempuh pokok-pokok di tepi jalan, sebelum jatuh ke bawah kaki bukit sedalam 100 meter.

Tanak memenangi kejohanan sama bersama Toyota pada musim lalu, dan perlumbaan pertama Monte Carlo kali ini adalah debut beliaun bersama Hyundai.

Pelumba dari Estonia tersebut menduduki tempat ketiga keseluruhan pada pembukaan perlumbaan sebelah malam.

“Saya gembira Ott dan Martin tidak tercedera selepas kemalangan di sebelah pagi,” kata ketua pasukan, Andrea Adamo.

“Keutamaan kami ialah kepada kondisi krew apabila situasi sebegini berlaku.”

Rakan sepasukan Hyundai kepada Tanak, Thierry Neuville mendahului perlumbaan selama semalaman.

Namun ia kemudiannya dipintas oleh Elfyn Evans yang memandu Toyota.

 

 

Source link
VIDEO: Juara Dunia Alami Kemalangan Ngeri Di Rali Monte Carlo

Add a Comment

Your email address will not be published.