VIDEO: Jude Bellingham, Remaja £30 Juta Yang Lebih Menarik Perhatian United Berbanding Bruno Hernandes

Hanya ada dua nama sahaja dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini.

Benar, anda mungkin sudah mendengar lebih daripada 50 nama pemain dari seluruh dunia yang dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini.

Namun hanya dua pemain yang jelas sedang diburu oleh pengurusan The Red Devils. Pertama adalah Bruno Hernandez, dan kedua adalah pemain remaja berusia 16 tahun, Jude Bellingham

Perpindahan rumit Bruno

Perkhabaran Bruno Hernandez akan ke Old Trafford bukanlah perkara baharu. Ia telah menjadi panas sejak jendela perpindahan musim panas lalu.

Di sebalik liputan kencang media, dan rundingan demi rundingan, ia tidak menjadi kenyataan – hanya untuk kekecewaan pemain, kelab dan penyokong.

Januari ini kisah yang sama berulang. Mengikut beberapa laporan sebelum ini, Sporting hanya akan melepaskan Bruno Fernandes selepas aksi menentang musuh ketat mereka Benfica.

Kerana semangat derbi yang kuat dan keinginan pemain tersebut, Bruno beraksi di perlawanan tersebut, walaupun keputusan tidak memihak kepada Sporting Lisbon.

Lalu apa lagi? Sebelum ini Bruno dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi ditawarkan oleh Manchester United.

Krisis perpindahan Bruno

Terbaru, Sporting tidak gembira dengan bonus tambahan yang ditawarkan oleh United.

Ini kerana United memasukkan klausa yang sukar dicapai. Termasuk klausa kemenangan Ballon d’Or, dan kejuaraan UCL pada penggal pertama kontrak beliau. Ia seperti tidak masuk akal.

Apatah lagi bonus tambahan itu bernilai £25 juta. United menawarkan bayaran asas sebanyak £34 juta untuk Bruno Fernandes.

Rundingan menjadi semakin rumit, walaupun kedua-dua kelab dikatakan yakin mampu menemui jalan penyelesaian pada minggu ini.

Siapa Jude Bellingham?

Secara tiba-tiba, Manchester United dikaitkan dengan pemain tengah Birmingham Citu, Jude Bellingham.

Siapakah pemain ini? Adakah Bellingham dilihat sebagai pilihan lain United untuk Hernandes?

Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer pernah berkata antara falsafah bola sepak Man United untuk melakukan pembelian pemain adalah pemain itu haruslah berusia muda, sentiasa dahagakan kejayaan dan juga berdarah Inggeris.

Falsafah ini akan sentiasa menjadi keutamaan untuk mendapatkan pemain baharu, sebagaimana United telah mendapatkan Daniel James dan Aaron Wan Bissaka sebelum ini.

Untuk Bellingham, United dilaporkan telah menawarkan £30 juta untuk pemain berusia 16 tahun ini. Tidak kah nilai tersebut terlalu tinggi?

Bellingham dikatakan telah menarik minat beberapa kelab utama EPL selepas menjadi pemain utama bersama Birmingham.

Musim ini, beliau telah tampil dalam 25 perlawanan dan menjaringkan empat gol. Arsenal dikatakan juga menjadi kelab yang mengikuti rapat perkembangan pemain  tersebut.

Walaupun United dilaporkan telah menghantar bidaan, belum ada jaminan pemain tersebut akan ke Old Trafford dalam masa terdekat.

Mengapakah pemain berusia 16 tahun ini amat tinggi? Adakah Bellingham adalah pilihan lain oleh United untuk Hernandez?

Atau tambahan kepada bahagian tengah yang rapuh? Kami tinggalkan persoalan tersebut untuk anda. Satu perkara yang pasti, tumpuan United kini lebih terarah ke St. Andrew berbanding Lisbon.

Adakah Bellingham akan menjadi pembelian yang berbaloi?

 

 

 

 

 

Source link
VIDEO: Jude Bellingham, Remaja £30 Juta Yang Lebih Menarik Perhatian United Berbanding Bruno Hernandes

Add a Comment

Your email address will not be published.