VIDEO: Nike Lancar Jersi Skuad Kebangsaan Korea Selatan 2020 Mirip Rekaan Milik Harimau Malaya

Beberapa hari yang lalu syarikat peralata dan pakaian sukan dunia, Nike melancarkan jersi pasukan kebangsaan tiga buah negara.

Antara negara yang mendapat rekaan baharu dari syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu ialah Nigeria, USA dan Korea Selatan.

Ketiga-tiga negara masing-masing memperolehi rekaan baharu bagi jersi yang akan digunakan di halaman sendiri (Home)dan juga di gelanggang lawan (Away).

Perubahan ketara jersi Home

Rekaan jersi Korea Selatan pada kali ini menampilkan kelainan ketara berbanding versi-versi jersi sebelum ini.

Rekaan kali ini mewakili kepelbagaian yang terdapat di dalam budaya negara itu sendiri dan Hallyu.

Haalyu membawa maksud ‘gelombang Korea’, yang membawa maksud kolektif kebangkitan bangsa Korea di dalam pelbagai bidang ke seluruh dunia.

‘Gelombang Korea’ itu sendiri diwakili dengan corak seperti gelombang pada jersi Home. Jika diamati betul-betul ia adalah corak yang sama, atau simbol yang terdapat pada bendera negara Korea itu sendiri.

Lencana di dada juga diperbaharui memamparkan Harimau Putih secara geometrikal.

Manakala kolar dan lengan disulam dengan warna hitam dengan belang yang menampilkan karakter “Dahean Minguk” dalam Bahasa Korea, atau Korea dalam bahasa rumi.

Harimau Putih untuk Away

Jersi Away pula ditampilkan dengan warna belang harimau putih. Rekaan tersebut dikatakan telah dilakukan menggunakan rekaan tangan oleh kakitangan Nike sendiri.

Ia bukan perkara menghairankan mengapa Harimau Putih menjadi pilihan pada rekaan kali ini. Ini kerana haiwan tersebut dianggap sebagai penjaga di dalam kisah legenda negara tersebut.

Di dalam masyarakat Korea, Harimau Putih adalah simbol kepada keberanian dan juga kuasa.

Jersi ini turut ditampilkan dengan logo Nike dan lambang negara yang disulam dengan warna emas sekaligus menampilkan aspek kemewahan.

Persamaan dengan Harimau Malaya

Jika diamati betul-betul,  rekaanjersi Away Korea Selatan dilihat seperti mirip jersi skuad Harimau Malaya. Hanya warnanya sahaja tampil berbeza.

Seperti Korea Selatan, Nike juga adalah penaja jersi pasukan Malaysia buat tahun ke-11 berturut-turut bermula tahun 2007. Jersi ini akan diguna pakai untuk tahun 2018 hingga 2020.

Menurut Nike, jersi home ini direka bentuk dengan grafik belang harimau seperti yang terdapat di badan Harimau Malaya dan jersi baru ini akan disematkan dengan logo baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) .

Warna kuning yang menjadi warna kebangsaan Malaysia digunakan kembali sepenuhnya, di mana sebelum ia turut disulami dengan warna hitam pada bahagian kolar, logo da lencana.

Mirip tetapi tidak sama

Jika diamati jersi ‘away’ Korea Selatan dan jersi ‘home’ Harimau Malaya kelihatan mirip. Tetapi ia jelas tidak sama.

Kedua-duanya bermotifkan Sang Belang, namun ia tetap dua spesis yang berbeza. Apa pendapat anda dengan jersi baharu Korea Selatan yang baru ini? Kelihatan menarik juga bukan?

Satu perkara yang pasti ramai kecewa kerana Nike tidak menghasilkan stok yang mencukupi jersi pasukan negara, terutamanya untuk dibeli oleh penyokong.

 

 

Source link
VIDEO: Nike Lancar Jersi Skuad Kebangsaan Korea Selatan 2020 Mirip Rekaan Milik Harimau Malaya

Add a Comment

Your email address will not be published.