Video Pelancaran Jersi Bali United Yang Unik & Dijamin Lain Dari Yang Lain

Pelancaran jersi baharu adalah antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh penyokong bola sepak sesebuah kelab.

Jersi diibaratkan lambang kebangaan bagi setiap penyokong, dan dilihat seperti warna kulit atau identiti sesebuah kelab.

Bagi kelab bola sepak pula, pelancaran jersi adalah sebahagian daripada bahan yang boleh digunakan sebagai alat untuk membina nilai komersil sesebuah kelab.

Kerana itulah pelancaran jersi dianggap antara perkara penting setiap kali sebelum musim bermula.

Ada pelbagai cara yang digunakan oleh kelab bola sepak untuk melancarkan jersi masing-masing. Di Malaysia, JDT misalnya mengadakan acara khas khusus untuk tujuan tersebut.

Begitu juga dengan pasukan-pasukan lain seperti Selangor yang mengambil kesempatan dari acara Hari Bola Sepak Selangor misalnya.

Kedah pula mengambil kesempatan dari penampilan pertama mereka di pentas Asia dengan melancarkan jersi khas berwarna putih bercorak dadu beridentitikan negeri.

Semuanya terpulang kepada kreativiti dan kemampuan masing-masing.

Tidak ketinggalan ialah pelancaran video seperti yang dilakukan oleh Selangor dan juga JDT.

Baru-baru ini kelab Liga 1 Indonesia, Bali United turut melancarkan jersi pasukan tersebut untuk kegunaan musim 2020.

Sempena pelancaran jersi tersebut, sebuah video turut dilancarkan untuk mempromosi jersi tersebut.

Untuk musim 2020, Bali United telah melancarkan jersi untuk kegunaan ‘home’, ‘away’, dan juga third kit sebagai jersi pilihan.

Tema jersi kali ini pula adalah “This is Our Home”. Warna jersi Home seperti kebiasaan adalah warna merah sebagai asas.

Cetakan berwarna emas pada bahagian lengan pula diinspirasikan dari batu Kresnada yang biasanya digunapakai di barangan kemas seperi rantai dan cincin.

Grafik pada bahagian depan setiap jersi diinspirasikan pula dari batu karang yang mewakili rakyat Bali dan kepelbagaian hidupan maritim.

Jersi away pula berwarna putih dan berasal dari template sama dengan jersi home. Warna hitam pula berasaskan warna hitam.

Baiklah, anda mungkin tidak berminat dengan penerangan mengenai jersi di atas. Maka nikmatilah sahaja video khas yang pada pendapat kami unik dan comel dari Bali United.

 

Source link
Video Pelancaran Jersi Bali United Yang Unik & Dijamin Lain Dari Yang Lain

Add a Comment

Your email address will not be published.