VIDEO: Pemain Rochdale Berusia 40 Tahun Kecewakan Newcastle United

Ia bukan kekalahan. Tetapi bagi sebuah pasukan yang lebih gah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United pasti kecewa.

Ini setelah The Magpies terpaksa berpuas hati terikat 1-1 dengan kelab yang berada di dua divisyen lebih bawah, Rochdale di pusingan ketiga Piala FA Inggeris semalam.

Jika perbandingan di atas kertas, nyata skuad kendalian Steve Bruce boleh dianggap serba serbi mantap berbanding Rochdale.

Malah The Magpies menguasai sebahagian besar perlawanan dengan 66% penguasaan bola, 18 percubaan, dan lima percubaan tepat.

Tetapi bola sepak akhirnya tetap ditentukan dengan keputusan akhir dan bukan pasukan mana yang menguasai perlawanan.

Piala FA Inggeris sendiri telah menampilkan pelbagai magis sebagai pertandingan bola sepak tertua di dunia.

Dalam perlawanan pada malam tadi, Aaron Wibraham yang berusia 40 tahun tampil sebagai hero Rochdale apabila menjaringkan gol penyamaan untuk memaksa perlawanan ulangan diadakan di St.Jame’s Park.

Lebih manis, jaringan tersebut dicipta oleh Luke Matheson, ‘budak sekolah’ yang mencipta nama menentang Manchester United pada awal musim ini.

Walaupun sudah dianggap berusia, Wibraham bukan pemain paling tua dalam sejarah pertandingan yang menjaringkan gol di Piala FA.

Pemain paling tua yang dipercayai berbuat demikian adalah Billy Meredith yang menjaringkan gol untuk Manchester City menentang Brighton & Hove Albion di pusingan ketiga Piala FA 1921.

Beliau berusia 49 tahun 208 hari pada ketika itu. Ia diikuti Stanley Matthews untuk Stoke City menentang  Stoke City Swansea Town pada 1964.

Sukar untuk mencari rekod penjaring paling berusia untuk pertandingan tertua di dunia ini.

Namun jaringan Wibraham pada usia 40 tahun untuk pasukan League One dan menentang pasukan seperti Newcastle United pasti akan dikenang seumur hidup beliau.

Source link
VIDEO: Pemain Rochdale Berusia 40 Tahun Kecewakan Newcastle United

Add a Comment

Your email address will not be published.